Monday 8 April 2013

TANAMAN SALAK PONDUS KAEDAH HIDROPONIK

Terengganu Hydroponics Society telah menjalankan penyelidikan penanaman salak pondos secara hidroponik kaedah fertigasi atau titis dan mendapati hasilnya adalah tinggi sebagaimana di bawah:-
Benih salak dapat dibiakkan secara anak biji atau pun anak sulur (ketiak). Penggunaan anak biji adalah lebih mudah tetapi sukar ditentukan ketulinan baka serta jantina. 
Salak pondos merupakan klon baru yang dapat ditanam secara hidroponik (kaedah titis atau fertigasi) dan mengeluar hasil dengan cepat. Mula berbunga ketika berusia 18 bulan, dan buah mula masak ketika pokok hanya berusia  2 tahun selepas ditanam. Rasa buah nya lemak dan manis dan dapat memberi pulangan yang berganda berbanding dengan salak lain
Pokok jantan dan betina di perlukan bagi menghasilkan buah. Kekurangan bunga jantan sebahagian bunga betina tidak dapat didebungakan bagi hasilkan buah. Kadar minima ialah satu pokok jantan bagi setiap 25 pokok betina. 
Bunga betina yang sedia didebungan dikenali dengan tanda bunga berwarna merah. Seludang bunga betina dibuka dengan menggunakan gunting. Pollen (debunga) dengan cara menepuk-nepukkan bunga jantan diatas. permukaan bunga betina atau dengan cara meletakkan bunga jantan diatas bunga betina yang bewarna merah. Bunga betina yang telah didebungakan hendaklah ditutup dengan hujung pelepah salak atau daun pisang  bagi mengelak daripada dimasuki air hujan. 
Salak pondos mengeluarkan hasil hampir sepanjang tahun. Buah akan matang setelah 5 hingga 6 bulan pendebungaan dijalankan. Hasil tinggi pada bulan November hingga Januari, sederhana pada bulan-bulan yang lain. Walau bagaimana pun  salak pondusi berbuah sepanjang tahun jika dijaga dan di baja dengan sempurna.
Jika dijaga dengan baik salak pondos dapat memberi hasil yang menguntungkan. Anggaran  purata pengeluaran buah 25 kg/pokok/tahun 
Penanaman salak pondus secara biasa diladang juga dapat memberi hasil yang menguntungkan. Anggaran pendapatan bagi sehektar salak madu jika ditanam dengan jumlah pokok 2000 sehektar dengan purata pengeluaran buah 15 kg/pokok/tahun dan dengan anggaran harga RM 10.00 sekilogram dapat menghasilkan  hasil penjualan buah salak ialah  RM 300,000.00. Jumlah hasil akan bertambah sekiranya biji salak dibiakkan dan dijual anak benih, manakala isinya di jual sebagai salak jeruk hasilnya akan berlipar kali ganda. Satu killogram dapat menghasilkan 40 hingga 50 anak benih dan 3/4 killogram jeruk isi salak. Sekiranya anak benih dijual dengan harga RM 1.50 sepokok dengan purata 40 pokok dan isi jeruk dijual dengan RM 6.00, setiap killogram salak dapat memberi hasil RM 66.00 . Bagi sehektar salak madu ia dapat memberi jumlah hasil RM 1,980.000.00  setahun.
© Copyright 2002-2013, Terengganu Hydroponics Society
All Rights Reserved
  1

No comments:

Post a Comment