Saturday 4 May 2013

HIDROPONIK TULIN (WATER CULTURE)

APAKAH HIDROPONIK TULIN (WATER CULTURE) ? 

Hidroponik tulin ialah satu kaedah penanaman sayur-sayuran yang tidak menggunakan tanah yang diganti dengan air sebagai media pertumbuhan. 
KELEBIHAN HIDROPONIK 
Hidroponik tulin ini mempunyai beberapa kelebihan berbanding dengan sistem penanaman biasa yang menggunakan tanah seperti berikut:
  • Sistem ini boleh dipraktikkan pada kawasan yang tidak sesuai untuk penanaman secara biasa seperti tanah bertoksik, padang pasir dan lain-lain;
  • Sayur-sayuran akan cepat tumbuh dan mengeluarkan hasil yang berkualiti tinggi;  
  • Bersih dan bebas daripada sebarang racun makhluk perosak;
  • Tidak perlu merumpai, menyiram dan mencangkul;
  • Penggunaan air dan baja yang terkawal dan efisien;
  • Pulangan hasil seunit kawasan bagi seunit masa adalah tinggi.                   
KAEDAH HIDROPONIK

Sistem Pengaliran Nutrien

Kaedah hidroponik memerlukan pum air bagi menggerakan larutan nutrient daripada tangki ke palung tempat penanaman dan kembali semula ke tangki .
Larutan nutrient digerakan dari tangki kepalung tempat penanaman bertujuan untuk membekalkan air dan nutrient kepada pokok disamping menambah bekalan oksijen kepada larutan nutrient.
 Contoh system ini ialah NFT, DFT dan Raceway.
Alatan asas yang diperlukan seperti berikut:-

i) Pam air untuk aknarium.
ii) Tempat tanaman (diperbnat daripada paip PVC, dulang plastik dan bahan-bahan lain seperti kayu, papan lapis, tin besi, yang perlu dialas dengan kepingan plastik yang tebal).
iii) Tangki untuk larutan nutrien.
iv) Tenaga elektrik.
v) Pasu plastik kecil (jika perlu).
Kaedah ini lebih sesuai digunakan untuk sayuran berbuah kerana memerlukan jangka masa yang panjang dalam system hidroponik  dari tanam hingga menuai.
Sistem NFT - (suber: www.homehydosystems.blogspot,com )
Menurut H.S.Ropeah , Menanam sayur tanpa tanah bab 15 Panduan Pengeluaran Sayur-Sayuran, edisi baru MARDI (2000), sistem NFT dan DFT mempunyai prinsip yang sama berbeza kedalaman laruta nutrien 1-2 mm dan 4-6mm. Anak pokok dibesarkan dalam palung yang larutan baja mengalir secara berterusan dari palung ke tangki pengumpul. Pum digunakan untuk mengalir larutan baja serta memberi udara yang cukup pada tanaman. Larutan baja perlu mengalir dengan kadar 3 liter seminit bagi tanaman menerima larutan baja dan udara yang cukup. Udara yang cukup diperlukan bgai memastikan tidak berlaku kekurangan oksigen kerana dikawasan tropika yang panas menyebabkan suhu lartan baja meningkat (28-33 darjah celsius) yang menyebabkan pembesaran pokok terencat akibat stress.  
                                                                                               
Sistem Takung Statik
Kaedah hidroponik  tidak memerlukan pum air kerana larutan nutrient kekal statik pada takung tempat penanaman .

Bagi sistem takung punca peralatan berikut adalah diperlukan:

 i) Takung tanaman.
ii) Penutup (diperbuat daripada polisterin, plastik).
iii) Pasu plastik kecil (jika perlu).
Sesuai untuk sayuran daun kerana memerlukan jangka masa yang lebih singkat untuk matang berbanding sayur buah.

Hidroponik Takung Statik (sumber : google)
 Sistem Takung Dinamik (Bubbler Hydroponic)
Pada asasnya sama dengan dengan system takung statik, cuma tambahan bubbler dimasukan kedalam takung bertujuan menggerakan larutan baja bagi menambah bekalan oksijen. Pump akuarium dengan batu bubbler diperlukan bagi system ini.
Bucket bubbler hydroponic juga contoh system ini.
Sesuai untuk sayuran buah dan sayuran daun dalam takung statik bersaiz besar.
HidroponikTakung Dinamik- Bubbler (sumber : flicker.com)
 
KAEDAH PENANAMAN

Ketiga-tiga sistem penanaman di atas boleh menggunakan kaedah penanaman seperti berikut:-
 
Cara Mengubah:
 
  • Semai biji benih menggunakan pasir kasar atau sabut kelapa halus
  • Keluarkan anak benih (bersihkan akar anak benih)
  • Pindahkan anak benih ke tempat tanaman (Letakkan 1-2 pokok benih untuk satu lubang tanaman. Takung tanaman hannya mengandungi air sahaja.)
  • atau kepitkan bahagian batang pokok kepada kiub sponge dengan bahagian akar terjuntai kebawah dan pindah ketempat penanaman.


  •  
    Anak Pokok Dikepit Ditengah Bongkah Sponge
    • Selepas dua hari baja separuh kepekatan dilarutkan untuk menyokong pokok
    • Selepas tujuh hari, masukkan baki baja supaya larutan nutrien mencapai kepekatan penuh
    Cara Semaian terus
    • Sumbatkan benang basah dan tarik untuk buat sumbu,
    • Masukkan dalam lubang tempat tanaman yang mengandungi air
    • Semaikan 2-3 biji benih atas benang basah
    • Selepas 7-10 hari, masukkan baja (kepekatan penuh) dalam air
    *Larutan nutrien perlu ditambah (tertakluk kepada keperluan) sehingga hasil dituai untuk kedua-dua kaedah penanaman  atau sebagaimana yang disyorkan oleh pengeluar..

    Kaedah Penanaman Hidroponik Takung  Statik - (sumber : google)



    (a) Pastikan ada ruang udara pada pangkal pokok permukaan air untuk pernafasan akar. Sila lihat Rajah di atas yang disertakan.
    (b) Gunakan media dalan larutan yang baru untuk setiap penanaman.
    (c) Basuh dengan semperna takung, penutup dan bakul selepas setiap penanaman.
    (d) Risalah pertanian mengesyurkan supaya memasukkan 2 gm Abate iaitu racun untuk menghalang pembiakan jentik-jentik dalam larutan baja kedalam takung.

    Hidroponik tulin satu teknik yang simple tidak memerlukan tanah atau media selain air berbanding sistem tanaman biasa mahupun fertigasi.

    © Copyright 2002-2013, Terengganu Hydroponics Society
    All Rights Reserved

    BAJA HIDROPONIK THS

    NUTRI A -  garam mineral membekalkan N, P, K, Mg
    NUTRI B -  garam mineral membekalkan N, P, K, Mg
    NUTRI C -  garam mineral membekalkan N, P, K, Mg
    NUTRI MIKRO - Larutan mengandungi unsur B, Mo, Cu, Zn, Mo, Fe


    PENYEDIAAN 100 LITTER LARUTAN BAJA HIDROPONIK UNTUK SAYURAN DAUN
         (SAWI, SALAD, BAYAM, DLL)
    Bahan-bahan

    Nutri A yang mengandungi kompaun 4 kampit kecil g Garam Mineral A1, A2, A3 da A4.
    Bahan-bahan ini membekalkan elemen makro iaitu Nitrojan, Fosfat, Pottasium
    dan Magnesium

    Nutri Mikro merupakan larutan yang mengandungi elemen mikro iaitu Boron, Mangan, Kuprum, Zink
    Molebdenum dan Ferum.

    Alat-Alatan
    1) Tangki atau takung
    2) 4 biji gelas atau kelalang
    3) Pengacau
    4) Ph Meter (untuk dapat ketepatan)
    Cara-Cara
    1) Penuhi satu pertiga tangki dengan air bersih
    2) Larutkan setiap satu jenis garam mineral  dalam satu gelas berasingan dengan menggunakan air panas.
        bagi menjadikan larutan dengan kadar 58gm  A1, 29gm  A2, 31gm  A3 dan  18gm  A4.
    3) Masukkan larutan  A1 kedalam tangki
    4) Tambah air kedalam tangki menjadi tiga perempat tangki
    5) Masukkan larutan  A2 kedalam tangki
    6) Masukkan larutan  A3 kedalam tangki
    7) Secara perlahan masukan larutan A4 kedalam tangki dan kacau hingga rata
    8) Tambahkan 120 ml larutan Nutri C  kedalam tangki dan kacau.
    9) Uji dan adjus ph supaya berada pada tahap 5.8 - 6.4.


    PENYEDIAAN LARUTAN BAJA HIDROPONIK UNTUK SAYURAN BUAH
         (TOMATO, CILI, TERUNG DLL ) HARI KE 10 HINGGA HARI KE 30
    Bahan-bahan

    Nutri B yang mengandungi kompaun 4 kampit kecil g Garam Mineral A1, A2, A3, A4 dan A5
    Bahan-bahan ini membekalkan elemen makro iaitu Nitrojan, Fosfat, Pottasium
    dan Magnesium

    Nutri Mikro merupakan larutan yang mengandungi elemen mikro iaitu Boron, Mangan, Kuprum, Zink
    Molebdenum dan Ferum.

    Alat-Alatan
    1) Tangki atau takung
    2) 4 biji gelas atau kelalang
    3) Pengacau
    4) Ph Meter (untuk dapat ketepatan)
    Cara-Cara
    1) Penuhi satu pertiga tangki dengan air bersih
    2) Larutkan setiap satu jenis garam mineral  dalam satu gelas berasingan dengan menggunakan air panas.
        bagi menjadikan larutan dengan kadar 58gm  A1, 14gm  A2, 31gm  A3 ,  25gm  A4.dan 39gm A5
    3) Masukkan larutan  A1 dan A5 kedalam tangki
    4) Tambah air kedalam tangki menjadi tiga perempat tangki
    5) Masukkan larutan  A2 kedalam tangki
    6) Masukkan larutan  A3 kedalam tangki
    7) Secara perlahan masukan larutan A4 kedalam tangki dan kacau hingga rata
    8) Tambahkan 120 ml larutan Nutri C  kedalam tangki dan kacau.
    9) Uji dan adjus ph supaya berada pada tahap 5.8 - 6.4.


    PENYEDIAAN LARUTAN BAJA HIDROPONIK UNTUK SAYURAN BUAH
           (TOMATO, CILI, TERUNG DLL )  HARI KE 31 HINGGA  MATANG

    Bahan-bahan

    Nutri C yang mengandungi kompaun 4 kampit kecil  Garam Mineral A1,  A3, A4 dan A5
    Bahan-bahan ini membekalkan elemen makro iaitu Nitrojan, Fosfat, Pottasium
    dan Magnesium

    Nutri Mikro merupakan larutan yang mengandungi elemen mikro iaitu Boron, Mangan, Kuprum, Zink
    Molebdenum dan Ferum.

    Alat-Alatan
    1) Tangki atau takung
    2) 4 biji gelas atau kelalang
    3) Pengacau
    4) Ph Meter (untuk dapat ketepatan)
    Cara-Cara
    1) Penuhi satu pertiga tangki dengan air bersih
    2) Larutkan setiap satu jenis garam mineral  dalam satu gelas berasingan dengan menggunakan air panas.
        bagi menjadikan larutan dengan kadar 82gm  A1, 46gm  A3 ,  30gm  A4.dan 71gm A5
    3) Masukkan larutan  A1 dan A5 kedalam tangki
    4) Tambah air kedalam tangki menjadi tiga perempat tangki
    5) Masukkan larutan  A3 kedalam tangki
    6) Secara perlahan masukan larutan A4 kedalam tangki dan kacau hingga rata
    7) Tambahkan 120 ml larutan Nutri C  kedalam tangki dan kacau.
    8) Uji dan adjus ph supaya berada pada tahap 5.8 - 6.4
    ------------------------------------------------------------------------------------------------------------


    PENGIRAAN KEPERLUAN BAJA MENGGUNAKAN JADUAL JENSEN DAN MALTER 1995

      GARAM/KIMIA 
    GRED   BAJA
    UNSUR
    GRAM BAHAN KIMIA BAGI SETIAP 1,000 L AIR   (1 ppm)
    Boric Acid [H3BO3]
    B
    5.64
    Calcium nitrate [Ca(NO3)2·4H2O] (15.5-0-0)
    N
    6.45

    Ca
    4.70
    Cupric chloride [CuCl2·2H2O]
    Cu
    2.68
    Copper sulfate [Cu(SO4)·5H2O]
    Cu
    3.91
    Chelated iron (9%)
    Fe
    11.10
    Ferrous sulfate [FeSO4]
    Fe
    5.54
    Magnesium sulfate [MgSO4·7H2O] (Epsom salts)
    Mg
    10.75
    Manganese chloride [MnCl2·4H2O]
    Mn
    3.60
    Manganese sulfate [MnSO4·4H2O]
    Mn
    4.05
    Molybdenum trioxide [MoO3]
    Mo
    1.50
    Monopotassium phosphate [KH2PO4] (0-22.5-28)
    K
    3.53

    P
    4.45
    Potassium chloride [KCl] (0-0-49.8)
    K
    2.05
    Potassium nitrate [KNO3] (13.75-0-36.9)
    N
    7.30

    K
    2.70
    Potassium sulfate [K2SO4] (0-0-43.3)
    K
    2.50
    Zinc sulfate [ZnSO4·7H2O]
    Zn
    4.42

    .
    PENYEDIAAN BAJA UNTUK TOMATO


    NURTIEN MAKRO DAN FE UNTUK TOMATO


    (Jensen and Malter, 1995)

    BAHAN KIMIA GRED BAJA
    LEVEL A DARI TANAM HINGGA BERBUNGA
    gm/1,000 L
    LEVEL B DARI BERBUNGGA HINGGA BERBUAH
    gm/1,000 L
    UNSUR
    LEVEL A  ppm atau mg/L
    LEVEL B ppm atau mg/L
    Magnesium sulfate (Epsom salts)
    500
    500
    Mg
    50
    50
    Monopotassium phosphate (0-22.5-28)
    270
    270
    K
    199
    199
    Potassium nitrate (13.75-0-36.9)
    200
    200
    P
    62
    62
    Potassium sulfate (0-0-43.3)
    100
    100
    N
    113
    144
    Calcium nitrate (15.5-0-0)
    500
    680
    Ca
    122
    165
    Chelated iron
    25
    25
    Fe
    2.5
    2.5


    PENYEDIAAN NUTRIEN MIKRO BAGI TOMATO 
     (Jensen and Malter, 1995)

      BAHAN KIMIA
    GRAM BAHAN KIMIA BAGI SETIAP 450 mL STOK LARUTAN  
    Boric acid
    7.50
    Manganous chloride
    6.75
    Cupric chloride
    0.37
    Molybdenum trioxide
    0.15
    Zinc sulfate
    1.18

    Nota : Guna 250 mL stok ini bagi setiap 1,000 L larutan baja

    --------------------------------------------------------------------------------------------



    BAJA CILI
    (MAXIMUMYIELD)

    (Sumber: HydroBuddy)


    UNSUR


    ppm (mg/1L air)  
    N(NO3)
    320
    N(NH4)
    0
    P
    103
    K
    364
    Mg
    96
    Ca
    330
    S
    174
    Fe
    4.9
    Zn
    0.25
    B
    0.7
    Mn
    1.97
    Cu
    0.07
    Mo
    0.05



















    NURTIEN MAKRO UNTUK CILI
    (MAXIMUMYIELD)

    (Perkiraan Menggunakanunakan Jadual Jensen and Malter, 1995)

    BAHAN KIMIA GRED BAJA
      
    gm /1,000 L

    UNSUR

      ppm atau mg/L
    Magnesium sulfate (Epsom salts)
    1,032

    Mg

    96
    Monopotassium phosphate (0-22.5-28)
    458

    K

    364
    Potassium nitrate (13.75-0-36.9)
    632

    P

    103
    Potassium sulfate (0-0-43.3)
    -

    -

    -
    Calcium nitrate (15.5-0-0)
    1,503

    Ca

    330







     ------------------------------------------------------------------------------------------------------------

    BAJA SELADA
     (DOUGLAS PECKENPAUG)
    (Sumber: HydroBuddy)
    UNSUR
    ppm (mg/1L air)  
    N(NO3)
    190
    N(NH4)
    0
    P
    25
    K
    98
    Mg
    25
    Ca
    216
    S
    33
    Fe
    4.9
    Zn
    0.25
    B
    0.7
    Mn
    1.97
    Cu
    0.07
    Mo
    0.05

     -------------------------------------------------------------------------

    BAJA MELON
    (DOUGLAS PECKENPAUG)

    (Sumber: HydroBuddy)


    UNSUR


    ppm (mg/1L air)  
    N(NO3)
    215
    N(NH4)
    0
    P
    86
    K
    343
    Mg
    85
    Ca
    175
    S
    113
    Fe
    6.8
    Zn
    0.25
    B
    0.7
    Mn
    1.97
    Cu
    0.07
    Mo
    0.05