Tuesday 24 December 2013

AUTOVASE
Autovase merupakan satu kaedah penanaman pintar dimana tiada media tanaman diperlukan dan dapat menjimatkan kos input sehingga 90% berbanding dengan system penanaman tradisional dan system fertigasi.

            Autovase direkacipta Agensi Kerajaan Negeri Terengganu  ia itu Pusat Kejuruteraan Pertanian Bukit Payung bertujuan untuk menambahbaik system penanaman sediaada dimana konsep penjimatan kos dan tenaga kerja menjadi keutamaan disamping kesan positif keatas agronomi tanaman dititikberatkan.

            Rekaan utama Autovase adalah satu injap dimana ianya dapat mengawal kemasukkan kuantiti baja secara automatic tanpa menggunakan kuasa elektrik juga tenaga manusia. Ianya sangat berpotensi untuk dimajukan kerana kosnya hanya 1/5 dari system yang ada di pasaran dan jauh lebih baik kepada pertumbuhan agronomi tanaman.

 1.0  PENDAHULUAN

Industri penanaman menggunakan struktur rumah pelindung hujan dan penggunaan baja cecair merupakan satu industri yang sangat besar di Malaysia. Contihnya di tanah-tanah tinggi negara ini, system penanaman ini telah lama dipraktikkandan hasil tanaman dari kaedah ini telah dieksport ke serata dunia serta semakin berkembang pesat dari hari ke hari.

Tahun 2006 sahaja, Negeri Terengganu telah membelanjakan hampir 16 juta ringgit hanya untuk membangunkan system fertigasi kepada ratusan usahawan di negeri itu. Kini, hasil tanaman tersebut telah dieksport di merata tempat. Diantara tanaman utama yang ditanam menggunakan struktur pelindung hujan adalah tanaman rock melon, musk melon, cili dan timun jepun.

Tanaman ini ditanam kerana ianya dikira tanaman yang menguntungkan kerana harga yang ditawarkan agak tinggi. Ini disebabkan kos keseluruhan operasi amat tinggi. Justeru usahawan tidak mempunyai banyak pilihan melainkan hanya dengan memilih tanaman tersebut. Tanaman ini mempunyai harga yang baik kerana ianya amat sukar dijaga dan memerlukan kepakaran dalam penjagaanya.

 2.0  CETUSAN IDEA

Pusat Kejuruteraan Pertanian Bukit Payung mendapat cetusan idea daripada keluhan usahawan terhadap kos input yang tinggi dan semakin meningkat disebabkan permintaan bahan input yang semakin tinggi.

      Justeru setelah kajian dibuat, satu alat telah direkacipta dan dinamai Autovase. Ianya dicipta berasaskan kepada penjimatan kos input dan tenaga kerja. Rekacipta ini diusahakan oleh lima orang pegawai dan mengambil masa selama lebih kurang 1 bulan untuk di siapkan.

 Bahan-bahan yang digunakan merupakan bahan yang amat mudah didapati dan memerlukan kos yang amat minima. Ianya amat mudah untuk digunakan dan diselenggara. Kajian yang dibuat adalah untuk mengatasi masalah-masalah yang dihadapi oleh system penanaman tradisional, system fertigasi, autopot dan juga hidroponik.
  
3.0  KAEDAH PENANAMAN SEDIAADA

A)    PENANAMAN SECARA TRADISIONAL
Penanaman secara tradisional telah berkurun dipraktikkan dan ianya berterusan sehingga ke hari ini. Penanaman secara tradisional memerlukan kawasan tanah yang luas dan tenaga kerja yang banyak.

Ianya bergantung kepada musim penanaman kerana pada musim tengkujuh, penanaman tidak dijalankan disebabkan faktor cuaca. Penggunaan inpt pertanian banyak digunakan dimana harga input pertanian semakin meningkat dari hari ke hari. Hasil tanaman juga terdedah kepada serangan penyakit melalui penggunaan tanah.


Selain itu, kos membajak tanah diperlukan sebelum penanaman dapat dilakukan. Masalah rumput rumpai yang juga perlu dikawal dari hari ke hari yang mana memerlukan tenaga kerja yang ramai.

PENANAMAN SECARA AUTOVASE
Autovase merupakan satu alat yang berfungsi melalui ‘smart valve’ dimana ianya dapat mengawal paras kandungan nutrient mengikut kemahuan usahawan secara automatic tanpa melibatkan penggunaan tenaga elektrik.

Sistem kemasukan nutrient cecair menggunakan tenaga gravity seterusnya menghapuskan kos penggunaan tenaga elektrik. Alat ini menggunakan pasu sebagai gantian polibeg dan boleh dipakai berulang-ulang kali tanpa perlu menukarkannya seperti penggunaan polibeg yang hanya dapat digunakan antara 4-5 kali pusingan tanaman. Penggunaan pasu digunakan kerana ianya dapat memberi kesejukan pada nutrient seperti dalam tempayan rumah tradisonal seterusnya menambah kandungan oksigen dalam system pengakaran. Penggunaan pasu juga dapat memberi ruang pada system pengakaran dan harganya amat murah berbanding system yang seumpamanya.

Media tanaman ‘cocopeat’ dalam system fertigasi dan ketulan batu bata dalam system autopot tidak langsung diperlukan dalam penanaman ini. Masalah ‘flushing’ yang memerlukan penggunaan tenaga kerja yang ramai dapat diselesaikan dengan sepenuhnya. Alat ini mempunyai gegelang yang dapat mengawal paras nutrient didalam pasu mengikut kehendak usahawan dan tiada satu pun alat dipasaran yang dapat mengawal paras nutrient kerana semuanya telah diselaraskan.

Alat ini berpotensi untuk dimajukan kerana ianya murah, tiada tenaga elektrik digunakan, tiada polibeg, tiada media tanaman (cocopeat), penggunaan tenaga kerja yang minima, tiada pembaziran nutrient, ruang system pengakaran yang luas dan kandungan nutrient yang sejuk, jangkauan penyaluran baja jauh berbanding penggunaan pam elektrik, mengatasi masalah tersumbat, tiada flushing serta dapat menjimatkan masa usahawan tersebut.

Disamping itu usahawan dapat memilih pelbagai tanaman lain seperti sayuran berdaun kerana kos operasi telah berjaya dijimatkan dengan peratusan yang besar.


Injap "smartvalve" mengawal keperluan larutan baja

Melon dalam sistem autosave

Melon sesuai dalam sistem autosave

Sistem pengakaran yang baik dalam autosave