Thursday 11 April 2013

HIDROPONIK TAKUNG PLASTIK STATIK - SISTEM RAKIT

Hidroponik statik merupakan hidroponik berteknologi rendah yang sesuai untuk pertanian tropikal. Kebanyakan  sistem hidroponik adalah berteknologi tinggi memerlukan peralatan yang canggih dengan kos permulaan yang tinggi. Walaubagaimanapun hidroponik statik tidak memerlukan peralatan yang canggih serta tidak memerlukan tenaga eletrik. Hasil yang diperolihi melalui kaedah ini adalah setanding dengan sistem lain yang menggunakan peralatan canggih dan tenaga eletrik.
Berukuran 15 cm tinggi, 52 cm panjang dan 26 lebar .
Takung plastik ini biasanya sesuai untuk sayur-sayuran berdaun sahaja dan biasa  ditanam  8-12 pokok  sayuran berdaun 


Biji beneh (3-4 biji) dimasukkan kedalam medium semaian (kiub span)
yang telah diguris dibahagian tengahnya bagi memasukkan biji benih kedalamnya
Panel juga berfungsi sebagai penutup takung.  Diperlukan  bagi melindungi larutan baja di dalam takung dari terkena pancaran cahaya matahari yang boleh merosakannya. Disamping mengelak kemasukan air hujan yang akan mencairkan larutan baja. Bahan yang boleh digunakan adalah kertas tebal, plastik atau polistiren. 
Panel ini akan ditebuk lubang-lubang untuk meletakkan terus kiub oasis kedalam lubang tanpa menggunakan bakul semaian. Jaraknya lubang adalah bergantung kepada jenis tanaman. Panel ini perlu dibuat sendiri.
Bagi memastikan pembesaran pokok yang sempurna, larutan baja perlulah diukur pH dan kepekatannya supaya berada paras yang sesuai.. Ph diukur dengan pH meter, bacaan yang sesuai ialah antara 5.5 hingga 6.5. Jika bacaan rendah daripada 5.5 masukkan soda bikarbonat (biasa diguna untuk buat kueh) kacau dan sukat semula ph bagi dapat bacaan yang sesuai. Jika ph tinggi daripada 6.5 masukkan cuka makan atau air bateri kedalam larutan dan kacau, sukat semula hingga dapat bacaan yang sesuai. PPM diukur bagi menentukan kepekatan larutan baja sesuai untuk pertumbuhan pokok. Bacaan yang sesuai ialah 1280 ppm. Jika bacaan lebih rendah ,tambah lagi stok  baja, sebaliknya tambah air bersih sekiranya kepekatan lebih tinggi.
Penel atau penutup takung dimasukkan kedalam takung dengan cara dipadatkan di permukaan takung.
Sayuran berdaun seperti salad boleh dituai dalam jangkamasa 21- 35 hari. Penuaian dilakukan dengan cara memisahkan pokok dari pelantar tanaman dengan berhati-hati bagi memastikan pelantar tidak rosak untuk digunakan seterusnya. Pelantar tanaman dan takung perlu dibersih dan dikeringkan untuk kegunaan selanjutnya.
Bagi tujuan komersial ketepatan penggunaan garam mineral amatlah penting dalam kejayaan projek. Formula yang telah dibangunkan oleh Terengganu Hydroponics Society.

No comments:

Post a Comment