Saturday 13 April 2013

TANAMAN SAYUR DALAM RUMAH PELINDUNG HUJAN

Rumah Pelindung Hujan Skala Domestik
Rumah hijau  / rumah pelindung hujan dapat elakkan serangan serangga.Kelihatan sayur sedang membesar dalam sistem DFT di bahagian atas dan sistem takung dibahagian bawah atas permukaan tanah.
Salad kerinting membesar subur dalam rumah hijau yang ditanam secara DFT / raceway sistem.
Larutan nutrien daripada tangki dialir daripada tangki ke bahagian kepala palung melalui paip yang hujungnya dalam tangki disambung dengan water pump. Kemudian larutam kembali semula kedalam tangki secara graviti.
Salad kerinting matang yang ditanam secara DFT / raceway sistem.

THS THS THS THS THS

HIDROPONIK MENJADIKAN PERTANIAN SATU BISNES YANG MENGUNTUNGKAN !

Konstrin kawasan  pertanian akibat persaingan dengan projek perumahan dan indusrti menyebabkan  harga tanah semakin meningkat. Ditambah dengan penigkatan dalam upah pekerja serta isu-isu yang dibawa oleh pekerja  asing  telah membawa industri tani menjadi "sun set " industri. Akibatnya perbelanjaan Negara mengimpot sayuran  meningkat

Walaupun Negara  memiliki kawasan pertanian yang luas, namun masalah tenaga kerja, persaingan dengan sayuran impot, sistem pasaran yang telah dikawal dengan dominen oleh orang tengah serta tindak balas pengeluaran dengan pasaran yang terbatas tidak mampu mengatasi isu ini. Hanya melalui teknologi pertanian hidroponik yang mampu menghasilkan  tanaman yang mempunyai daya pengeluaran yang tinggi dalam masa yang singkat yang dapat menjawab isu berkenaan.

Ladang Hidroponik Takung Kayu Dalam Skala Besar

Sebaliknya teknologi pertanian yang tidak mengguna tanah ini, samaada mengguna air sepenuhnya (hidroponik tulin – water culture)  dengan penghasilan yang berganda pasti sesuai dalam memacu industri tani negara.Disamping dapat dibangunkan dengan teknologi yang sederhana bagi sekala industri tani.

Sayur Kailan Hidroponik Subur Dalam Takung Kayu

Kerajaan kita melalui  MARDI berusaha untuk mengadaptasi teknologi sedia ada supaya mudah difahami dan dikuasai., pendekatan bagi menjadikan teknologi tanaman sayur tanpa tanah lebih mesra pengguna menjadi satu amalan yang diperkenalkan selama ini. Pihak MARDI menguasai lebih dari sepuluh jenis teknologi penanaman sayuran tanpa tanah yang ada antara teknologi tersebut ialah sistem hidroponik teknik banjir, surut dan alir, teknik aliran nipis (NFT), sistem hidroponik teknik pengairan titis bertingkat, dan teknik aliran dalam (DFT).


Ladang Hidroponik NFT GM Peladang di Terengganu

Bermula dari 2010 GM Peladang sebuah syarikat perunding fertigasi terkemuka Negara telah  memulakan projek NFT tanaman salad tanah tinggi yang telah berjaya di sesuaikan untuk tanam di tanah rendah. Syarikat ini juga mencipta kejayaan  mendapat pengiktirafan dan perakukan  Sijil  Skim Amalan Ladang Terbaik Malaysia 2013. Syarikat ini terkenal dalam  menyediakan khidmat perunding dan membekal segala keperluan peralatan fertigasi dan juga hidroponik. Anda boleh hubungi  syarikat ini di  bagi maklumat lanjut di alamat 1678  Lorong Fertigasi Padang Negara 20400 Kuala Ibai, Kuala Terengganu. Terengganu Darul Iman, dimana anda boleh mengikuti kursus dan latihan serta melawat ladang contoh hidroponik dan fertigasi.

Friday 12 April 2013

HIDROPONIK MEMBENTUK KELUARGA BAHAGIA !

Hidroponik merupakan satu aktiviti yang boleh menenangkan jiwa, itulah perakuan yang pernah diakui oleh pakar jiwa. Aktiviti hidroponik ini juga telah dijalankan dipusat-pusat perawatan jiwa. Disamping sebagai satu aktiviti yang boleh dijalankan secara hobi sebagai permulaan dapat pengalaman memberi pengalaman amat beharga sebagai asas untuk dimajukan secara koersial.

Di  bandaraya dan bandar  pengembangan aktiviti  hortikultur secara hidroponik amat sesuai kerana terbatasnya  kawasan atau halaman, pelbagai kaedah boleh digunakan bagi kawasan penempatan Bandar yang terhad seandainya individu menguasai teknik hidroponik yang amat mudah ini.

Teknik Hidroponik Takung Yang Mudah

Suri-suri  rumah tangga yang tinggal didesa bolih  memilih hidroponik sebagai kegiatan berfaedah mengisi masa lapang  Hasilnya yang tinggi dan tidak perlu tenaga yang kuat, cua tanama, teliti, tunggu dan tuai, sudah pasti dapat menjimatkan perbelanjaan dapur disamping dapat menggunakan sayur segar yang berkhasiat disamping boleh diusahakan dengan skala sederhana bagi menambah pendapatan.


Penggunaan Kayu Sebagai Takung Hidroponik 


Perkembangan teknologi hidroponik serta  inovasi, teknik hidroponik lebih mesra pengguna dari proses manual hinggalah ke tahap aotomasi sepenuhnya, pengguna tidak perlu risau sebab larutan nutrien  disalurkan ke palung penanaman secara automatik dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang minimum.

Bayangkan lah semua halaman rumah di kota dan desa  dihiasi dengan kebun sayur secara hidroponik, pasti amalan  ini dapat  memujudkan satu lanskap indah, juga merapatkan hubungan antara ahli  keluarga kerana aktiviti ini boleh melibatkan seluruh ahli  keluarga. Antara kerjasama yang boleh dilaksanakan ialah anak yang menyediakan media tanam, ibu menyemai benih dan bapa yang membeli benih di kedai pertanian. 

Bila sudah berhasil, sama-sama  memetik sayur y ang ditanam sendiri di  dapat diberi kepada jiran  anda yang pasti meningkatkan semangat kejiranan  yang merupakan satu menifestasi  sifat  asal masyarakat kita  yang berbudi bahasa.

Kebun Sayur Mini Di Pasaraya Terkemuka London

Di kota besar dunia seperti kota London, pusat beli-belah ternama menyediakan satu ruang khusus sayuran segar yang masih tumbuh dalam system hidroponik. Disiapkan pula lebel tatacara memetik, packing dan cara mengguna dirumah. Sayur yang masih segar dalam system hidroponik dipetik sendiri oleh pembeli dibungkus sendiri, bila dirumah pengguna diajar untuk membasuh dan masukan dalam bekas mengandungi air supaya sayur sentiasa subur.

Bekalan dan input hidroponik untuk skala rumah tangga hingga ke industry  tidak sukar diperolihi. Sebagaimana yang  dilaporkan oleh akhbar Utusan Malaysia, pemilik syarikat pembekal utama bagi produk hidroponik, Khatijah Surif, 42, di premisnya di Bazar Mydin 24 Jam Melaka Sentral,Melaka  menyatakan bahawa kaedah hidroponik wajar dihidupkan semula dalam konteks untuk berjimat cermat terutamanya untuk kegunaan isi rumah kerana kaedah hidroponik lebih cepat, mudah, selamat, bersih dan segar untuk dimakan. Berbanding konvensional, kaedah hidroponik secara relatifnya 300 peratus lebih  cepat disamping mesra pengguna. 

Syarikat milik Khatijah ini menawarkan produknya dengan  modal permulaan  RM 40  untuk kegunaan enam sekeluarga seisi rumah cuma  yang m satngandungi satuu set takungan tanaman hidroponik berserta benih tanaman dimana benih sawi  boleh digunakan untuk 10 kali tuaian yang juga  mampu menghasilkan 1,500 gram sawi dalam masa empat minggu disamping  tanaman  dilakukan dengan amalan 3T, iaitu tanam, tinggal dan tuai.

Liputan Akhbar Aktiviti Kazz Hidroponik
Kazz Hidroponik Domestik merupakan antara syarikat  pemimpin utama dalam memacu bidang hidroponik negara. Syarikat ini memberi latihan usahawan dan membekal peralatan dan keperluan hidroponik domestik dan industri. Anda boleh hubungi syarikat ini di beberapa laman web, antaranya
kazzhidroponik.blogspot.com/



Thursday 11 April 2013

HIDROPONIK TAKUNG PLASTIK STATIK - SISTEM RAKIT

Hidroponik statik merupakan hidroponik berteknologi rendah yang sesuai untuk pertanian tropikal. Kebanyakan  sistem hidroponik adalah berteknologi tinggi memerlukan peralatan yang canggih dengan kos permulaan yang tinggi. Walaubagaimanapun hidroponik statik tidak memerlukan peralatan yang canggih serta tidak memerlukan tenaga eletrik. Hasil yang diperolihi melalui kaedah ini adalah setanding dengan sistem lain yang menggunakan peralatan canggih dan tenaga eletrik.
Berukuran 15 cm tinggi, 52 cm panjang dan 26 lebar .
Takung plastik ini biasanya sesuai untuk sayur-sayuran berdaun sahaja dan biasa  ditanam  8-12 pokok  sayuran berdaun 


Biji beneh (3-4 biji) dimasukkan kedalam medium semaian (kiub span)
yang telah diguris dibahagian tengahnya bagi memasukkan biji benih kedalamnya
Panel juga berfungsi sebagai penutup takung.  Diperlukan  bagi melindungi larutan baja di dalam takung dari terkena pancaran cahaya matahari yang boleh merosakannya. Disamping mengelak kemasukan air hujan yang akan mencairkan larutan baja. Bahan yang boleh digunakan adalah kertas tebal, plastik atau polistiren. 
Panel ini akan ditebuk lubang-lubang untuk meletakkan terus kiub oasis kedalam lubang tanpa menggunakan bakul semaian. Jaraknya lubang adalah bergantung kepada jenis tanaman. Panel ini perlu dibuat sendiri.
Bagi memastikan pembesaran pokok yang sempurna, larutan baja perlulah diukur pH dan kepekatannya supaya berada paras yang sesuai.. Ph diukur dengan pH meter, bacaan yang sesuai ialah antara 5.5 hingga 6.5. Jika bacaan rendah daripada 5.5 masukkan soda bikarbonat (biasa diguna untuk buat kueh) kacau dan sukat semula ph bagi dapat bacaan yang sesuai. Jika ph tinggi daripada 6.5 masukkan cuka makan atau air bateri kedalam larutan dan kacau, sukat semula hingga dapat bacaan yang sesuai. PPM diukur bagi menentukan kepekatan larutan baja sesuai untuk pertumbuhan pokok. Bacaan yang sesuai ialah 1280 ppm. Jika bacaan lebih rendah ,tambah lagi stok  baja, sebaliknya tambah air bersih sekiranya kepekatan lebih tinggi.
Penel atau penutup takung dimasukkan kedalam takung dengan cara dipadatkan di permukaan takung.
Sayuran berdaun seperti salad boleh dituai dalam jangkamasa 21- 35 hari. Penuaian dilakukan dengan cara memisahkan pokok dari pelantar tanaman dengan berhati-hati bagi memastikan pelantar tidak rosak untuk digunakan seterusnya. Pelantar tanaman dan takung perlu dibersih dan dikeringkan untuk kegunaan selanjutnya.
Bagi tujuan komersial ketepatan penggunaan garam mineral amatlah penting dalam kejayaan projek. Formula yang telah dibangunkan oleh Terengganu Hydroponics Society.

HIDROPONIK TAKUNG STATIK - TAKUNG KAYU


Salad kerinting dalam sistem hidroponik takung kayu statik
berusia 2 minggu.Sejumlah 32 pokok ditanam pada kotak bersaiz 2 kaki panjang dan 4 kaki lebar.
Sawi manis dalam sistem hidroponik takung kayu statik
berusia 2 minggu.
Sawi manis dalam sistem hidroponik takung kayu statik
berusia 3 minggu.

Kesuburan salad spesis Eropah yang berjaya ditanam ditanah rendah di negara ini  sungguh mengasyikkan mata memandangan yang hanya gunakan sistem takung statik - takung kayu.
Hidroponik satu pelaburan yang menguntungkan, salad tumbuh subur dalam takung statik - takung kayu.
 Salad yang biasa ditanam di tanah tinggi bercuaca sejuk mampu hidup subur dalam takung kayu hidroponik di tanah rendah.
                                  © Copyright 2002-2013 Terengganu Hydroponics Society
                         All Rights Reserved
                      


KAEDAH HIDROPONIK PENGALIRAN NUTRIEN - SISTEM RACEWAY

Society telah menjalankan penyelidikan bagi mencari satu sistem hidroponik yang sesuai dengan persekitaran Malaysia kerana kebanyakan sistem hidroponik dimajukan berasaskan persekitaran di England dan Amarika Syarikat. Hidroponik sistem raceway didapati sesuai untuk iklim khatulistiwa.
Sistem ini menggunakan palung sebagai tempat pertumbuhan. Tangki digunakan untuk membekal larutan baja yang di pum menggunakan pum akuarium ke palung. Rakit polistrin digunakan bagi mengapugkan pokok dalam palung. Air dari tangki dipum kedalam palung sehingga kepada kedalaman 5 inci dan lebihan akan dikembalikan semula kedalam tangki secara graviti.
Hasil dari penyelidikan yang telah dijalankan di dapati pertumbuhan pokok lebih cepat berbanding sistem takung statik. Aliran air menambah bekalan oksijen yang membantu mempercepatkan pertumbuhan pokok. Bagi pengeluaran secara komersial sistem ini adalah disyorkan berbanding dengan sistem takung statik.
Bahagian depan palung bersama dengan tangki baja.Pum eletrik digunakan bagi mengepam air dari tangki melalui pvc paip kebahagia belakang palung.
Bahagian belakang palung kelihatan sambungan paip pvc ke bahagian belakang palung.
Bahagian belakang palung, kelihatan paip pvc menyalurkan air kedalam palung, air ini dipum dari tangki.
Bahagian belakang palung, kelihatan paip pvc menyalurkan air kedalam palung, air ini dipum dari tangki.
Bahagian hadapan palung, kelihatan air yang melebihi paras 5 inci melimpah kembali kedalam tangki baja.
Kelihatan air yang melebihi paras 5 inci melimpah kembali kedalam tangki baja.
Kelihatan air yang melebihi paras 5 inci melimpah kembali kedalam tangki baja.
Kelihatan air yang melebihi paras 5 inci melimpah kembali kedalam tangki baja.
Rakit polistrin digunakan bagi mengapugkan pokok dalam palung
Rakit polistrin yang telah dimasukan anak benih. Benih dicambah dalam kiub sponge
Rakit polistrin yang mengandungi anak benih dimasukan kedalam palung yang telah mengandungi larutan baja.
Rakit polistrin yang mengandungi anak benih dimasukan kedalam palung yang telah mengandungi larutan baja.

Rakit polistrin yang mengandungi anak benih dimasukan kedalam palung yang telah mengandungi larutan baja.
Sawi berumur 2 minggu.
Sawi berumur 3 minggu.
Kelihatan akar sawi dibahagian dalam air.
Sawi jepun dalam raceway sistem
Sawi berusia 4 minggu.
Sawi yang telah matang.

                                     © Copyright 2002-2013, Terengganu Hydroponics Society
                                                                     All Rights Reserved

HIDROPONIK TAKUNG STATIK - TAKUNG PLASTIK

                                    © Copyright 2002-2013, Terengganu Hydroponics Society
                                                             All Rights Reserved



Peringkat Percambahan Benih ( rujuk sistem kiub oasis).
 
Peringkat Pembesaran 
Gambar
Aktiviti
Bahan dan peralatan yang diperlukan ialah takung plastik, penutup takung, cawan atau bakul  hidroponik, ppm meter (ukur kepekatan larutan), ph meter (ukur ph larutan)
Stok  baja dimasuk dan dilarutkankkan kedalam takung yang telah diisi dengan air bersih.
Ph diukur untuk menentukan bacaannya antara 5.5 hingga 6.5. Jika bacaan rendah daripada 5.5 masukkan soda bikarbonat (biasa diguna untuk buat kueh) kacau dan sukat semula ph bagi dapat bacaan yang sesuai. Jika ph tinggi daripada 6.5 masukkan cuka makan atau air bateri kedalam larutan dan kacau, sukat semula hingga dapat bacaan yang sesuai.
PPM diukur bagi menentukan kepekatan larutan baja sesuai untuk pertumbuhan pokok. Bacaan yang sesuai ialah 1280 ppm. Jika bacaan lebih rendah ,tambah lagi stok  baja, sebaliknya tambah air bersih sekiranya kepekatan lebih tinggi.
Anak benih dalam kiub oasis dari semaian yang telah sedia untuk dipindahkan kedalam cawan hidroponik  
Masukkan anak benih bersama medium percambahan kedalam bakul atau cawan hidroponik.
  Masukkan cawan l yang telah mempunyai anak benih kedalam lubang pada penutup takung untuk tujuan pembesaran. Pastikan akar pokok bersentuh dengan larutan baja dalam takung.
Penjagaan- air mesti sentiasa ditambah hingga keparas yang sesuai kerana pokok memerlukan air dalam pembesarannya. Pada hari ke 30 salad sedia untuk dituai.

Salad membesar dalam sistem tekung statik.

Catitan :-
Takung hidroponik hendaklah diletakkan di bahagian patio atau balkoni  yang terlindung dari hujan serta  menerima cahaya  matahari    Air hujan hendaklah dipastikan tidak masuk ke dalam takung agar larutan baja tidak menjadi cair.  Elakkan menyembur racun serangga sebelum 1 minggu memungut hasil.

Hidroponik... semudah ABC


MUSTAPA (kiri) sedang menerangkan teknik-teknik penanaman sayur-sayuran menggunakan kaedah hidroponik kepada kakitangan Utusan di Kuala Lumpur, baru -baru ini.


Menurut Pegawai Pertanian, Bahagian Sayuran dan Tanaman Ladang Jabatan Pertanian Malaysia, Mustapa Umar, kerana ia amat mudah, kanak-kanak pun boleh melakukan kegiatan menanam tanaman 3T itu, iaitu 'Tanam, tinggal dan tuai'.
Oleh itu, tegas beliau, soal kesibukan tugas seharian tidak boleh dijadikan alasan oleh sesiapapun untuk menjauhi kegiatan berkebun mengikut kaedah moden itu, terutama menanam sayur-sayuran bagi kegunaan sendiri.
Dengan adanya teknik penanaman yang terkini, tambah beliau, seseorang pada bila-bila masa, sama ada siang atau malam, pagi atau petang, boleh menjalankan kegiatan tersebut mengikut kesesuaian masa masing-masing.
''Oleh kerana corak penanaman sayur-sayuran menggunakan teknik ini amat mudah, tidak hairanlah pada masa ini kita dapati semakin ramai masyarakat sama ada di bandar atau luar bandar menggunakan cara hidroponik,'' ujarnya.
Difahamkan, lebih 8,000 set hidroponik berjaya dijual dalam masa sebulan sejak kebelakangan ini berbanding 2,000 set sebelumnya dan hanya kira-kira 20 set sahaja pada tahun lalu.
Mustapa berkata, sambutan menggalakkan daripada segenap lapisan masyarakat terhadap usaha menanam sendiri sayur-sayuran, membuktikan kempen kerajaan bagi menangani kegawatan ekonomi mula berhasil.
''Seseorang yang ingin menanam sayur-sayuran mengikut kaedah moden ini hanya perlu menyemai benih sayur yang disukainya dalam set hidroponik.
''Selepas 20 hingga 40 hari, mengikut jenis sayur yang ditanam, mereka bolehlah menuai hasilnya untuk dijadikan hidangan sekeluarga,'' katanya semasa memberi penerangan di Ibu Pejabat Utusan, Jalan Chan Sow Lin, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Pada majlis penerangan itu, kakitangan Utusan turut berpeluang membeli set hidroponik takung dengan harga minimum RM18 setiap satu. Kira-kira 70 set habis dijual selepas majlis tersebut.
Setiap set takung mengandungi tiga jenis biji benih, iaitu kailan (atau salad), sawi (atau sawi kerinting) dan bayam (atau kangkung), serta lima peket baja (cecair dan biji) untuk digunakan bagi lima kali tanaman.
Selain itu, turut disediakan ialah benang dan raga untuk kegunaan penanaman tersebut.
Menurut Mustapa, masa bagi setiap tanaman tersebut boleh dituai adalah berbeza-beza mengikut jenis sayur-sayuran yang ditanam.
''Kangkung dan bayam mengambil masa yang paling singkat, iaitu hanya 20 hari sahaja, sawi pula selama 30 hari, manakala kailan paling lama iaitu 40 hari,'' katanya.
Beliau juga menjelaskan, bagi tanaman kangkung seseorang tidak perlu menukar air baja pada setiap kali tanaman tersebut dituai.
''Mereka hanya perlu memotong bahagian yang dikehendaki dan membiarkan anak-anak kangkung atau sawi yang lain membesar bagi tuaian seterusnya iaitu bagi kali kedua dan ketiga,'' jelasnya.
Kangkung boleh dituai sebanyak tiga kali sebelum tanaman pertama itu diganti, manakala tuaian untuk setiap kali tanaman kailan, sawi atau bayam pula dihadkan sebanyak dua kali sahaja.
Katanya lagi, bagi memperolehi bekalan sayur segar selama sebulan seseorang hanya memerlukan sebanyak 10 takung dan penanaman dilakukan pada minggu-minggu yang berlainan.
''Umpamanya 2 takung ditanam pada minggu pertama, 2 takung lagi untuk minggu kedua dan begitulah seterusnya,''jelasnya.
Menurut beliau lagi, dengan cara itu semua isi rumah akan mendapat bekalan sayur segar selama sebulan tanpa perlu lagi membelinya dari pasar.
Ini bukan saja menjimatkan perbelanjaan dapur serta menjamin bekalan sayur yang bersih, malah juga memberi kepuasan kepada mereka yang menanam tanaman berkenaan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=1998&dt=0608&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_01.htm#ixzz37EE0ezzO
© Utusan Melayu (M) Bhd