Monday 8 April 2013

BAJA HIDROPONIK

Nutrien (Baja)

Tumbuhan dalam sistem hidroponik adalah sama dengan tanaan yang ditanam atas tanah, masing-masing memerlukan 16 unsur untuk tumbuh dengan baik. ia itu C, H, O, N, P, K, Ca, Mg, S, Zn, Cu, Fe, Mn, B, Mo dan Cl. Dalam sistem hidroponik unsur ini dilarutkan kedalam air bagi diserap oleh sistem akar. Larutan ini dipanggil larutan nutrium atau larutan baja.

Terdapat pelbagai formula larutan nutrien dipasaran. Harga pasaran adalah berasaskan kepada harga bahan mentah yang digunakan. Bahan yang digunakan biasanya dalam bentuk garam mineral atau cecair. Bahan berkenaan mungkin dalam bentuk bahan organik atau bukan organik atau campuran keduanya.
Menggunakan larutan nutrien yang siap dijual di pasaran adalah lebih mudah, cuma ikut sahaja arahan pada lebel yang berkenaan. Walau bagaimanapun menyediakan sendiri larutan nutrien adalah lebih menyoronokkan !. Kekurangan sesuatu unsur akan memberi kesan terus kepada pertubuhan pokok kerana tanaan bergantung sepenuhnya kepada larutan nutrien yang dibekalkan.

Ph Larutan Nutrien
 
PH merujuk samada larutan nutrien berasid atau beralkali. Ukuran yang digunakan ialah nilai 1 hingga 14. Nilai 7 bagi larutan nuteral, jika nilai ph kurang daripada 7 larutan berkenaan adalah berasid. Bagi nilai melebihi 7 larutan berkenaan beralkali. Ph yang sesuai untuk pertumbuhan secara umum ialah antara 5.5 hingga 6.5. 
Tumbuhan akan menyerap zat makanan dan melepaskan bahan kimia kedalam larutan . Proses ini akan menyebabkan larutan baja akan berubah menjadi lebih berakali. Gunakan pH meter untuk menentukannya.  Apabila nilai pH melehi 7, larutan berkenaan adalah beralkali dan perlu diturunkan kepada antara 5.5 hingga 6.5 ia itu nilai yang sesuai untuk pertumbuhan. Untuk mencapai nilai ini campurkan asid sulfrik atau air bateri kedalam larutan nutrien berkenaan. 

Sekiranya larutan nutrien berasid ia itu nilai pH nya kurang daripada 5.5, ia perlu ditingkatkan sehingga 5.5. Peningkatan pH dapat dilakukan dengan menambah potassium hydroxide (KOH) atau sodium hydroxide (NaOH) atau soda bikarbonat yang digunakan untuk membuat kueh. Gunakan ph meter atau kertas litmus bagi menyukat ph larutan.

PH Untuk Tanaman Terpilih
 
PH 6.0-6.7
PH 5.5-6.7
PH 5.2-6.7
PH 4.5-6.7
Asparagus Kekacang Tomato Ubi Kentang
Cauliflower Broccoli Lobak Merah
Tembikai Kobis
Salad

Kepekatan Larutan 
Kepekatan larutan nutrien diukur dengan unit ppm (part per million) atau satu bahagian dalam sejuta. Sukatan ini merujuk kepada nisbah bahagian nutrien dilarutkan kedalam air. Jika 1 miligram baja A dilarutkan dalam 1 litter air bersih, kepekakatan larutan di baca sebagai 1 ppm. Air bersih yang belum dicampurkan baja kedalam nya mempunyai nilai ppm kosong. 
Anggaran purata keperluan unsur nirojen untuk pertumbuhan ialah 300 ppm, posforos 80 ppm, kalium 250 ppm, salfur 400 ppm, Magnesium 75 ppm, kalsium 400 ppm, Iron 5 ppm, tembaga 0.5 ppm, Mangam 2 ppm, Molbednum 0.001 ppm dan boron 1 ppm. 

Nilai standard kerja kepekatan larutan baja hidroponik ialah 1280 ppm, dikira setelah semua unsur yang diperlukan oleh pertumbuhan dilarutkan dalam air. 
Bagi menjamin pertumbuhan tanaman yang baik nilai ppm hendaklah sentiasa diukur nilai kepekatan standart kerja ialah 1280 ppm, Jika perlu larutan nutrien hendak lah ditambah bagi mencapai nilai standard kerja yang diperlukan.

Limit Pengunaan Unsur Nutrien Oleh Pokok Mengikut Sukatan PPM
Unsur Makro
Kepekatan (ppm)
Unsur Mikro
 Kepekatan (ppm)
N 70-1000 Fe 0.5-10
P 30-100 Mn 0.1-5
K 100-400 H 0.16
Ca 80-400 Cu 0.02-0.5
Mg 24-100 Zn 0.02-1
S 35-1000 Mo 0.01-0.1

 CONTOH PENGIRAAN 1

Dengan menggunakan baja Potassium Nitrat (KNO3) , berapa kah jumlah baja berkenaan perlu
dilarutkan dalam 1 liter air untuk menghasilkan unsur Nitrojen (N) 34 ppm ?


Cara Pengiraan:

Baja Potassium Nitrat ( KNO3) kandungan NPK  13.5-0-46
Untuk  keperluan Nitrojan (N) 34 dikira cara berikut :-
Unsur N  dalan Potasium Nitrat  13.5 %,

 CONTOH PENGIRAAN 2

Dengan menggunakan baja Calsium Nitrat (CaNO3) , berapa kah jumlah baja berkenaan perlu dilarutkan dalam 1 liter air untuk menghasilkan unsur Nitrojen (N) 34 ppm 

Cara Pengiraan:
Baja Calsium Nitrat ( CaNO3) kandungan NPK  15.5-0-0-19Ca
Untuk  keperluan Nitrojan (N) 34 dikira cara berikut :-
Unsur N  dalan Calsium Nitrat  15.5 %,


 Kesan Kekurangan Unsur Nutrien Kepada Pokok

Unsur Nutrien
Kesan (symptoms)
Nitrojan Daun kecil, warna hijau muda,daun mati pada pokok dan daun sukar gugur.
Posforus Daun hijau tua. Daun bawah bewarna kuning pada bahagian hujung daun.
Potassium Daun bawah mati.terutama bahagian antara tulang daun.
Kalsium Pucuk dan daun muda mati. Daun muda berkedut.
Magnesium Bawah daun kuning akhirnya mati.
Salfur Pucuk dan daun muda warna hijau muda
Iron Pucuk dan daun muda warna kuning, akhirnya mati
Mangan Mata burung atau tompok warna coklat  pada daun.
Boron Tunas dan pucuk mati


CARA MENYEDIAKAN LARUTAN NUTRIEN (BAJA)
Ada beberapa formula baja yang dapat digunakan untuk  hidroponik, tapi dari beberapa formula tersebut yang terpenting adalah kandungan unsur-unsurnya sesuai dengan keperluan tanaman.  Karena itu secara praktis, kita sebaiknya memahami berapa banyak  unsur nutrien  yang diperlukan oleh setiap tanaman.  Dari sini kita menyusun formulasi campuran sendiri yang  mencukupi keperluan tersebut.  Hal ini lebih bermanfaat karena kita boleh  jimatkan perbelanjaan membeli larutan baja., kita boleh menemukan keperluan unsur dengan bahan yang murah tapi fungsinya tetap mencapai apa yang kita harapkan.
 
Larutan nutrien hidroponik telah dibangunkan oleh  D. R. Hoagland dari University of California. Larutan ini boleh dibuat sendiri (bagi tujuan hobi) dengan mencampur daripada baja dalam bentuk garam mineral yang terdapat dalam pasaran. Mudah disediakan dan dapat memberi hasil yang memuaskan bagi tujuan hobi sebagaimana berikut:- 


Baja Kimia Jumlah Untuk 25 gallons Larutan Nutrien
Potassium phosphate  1/2 ounce or 1sudu teh
Potassium nitrate 2 ounces or 4 sudu teh
Calcium nitrate 3 ounces or 7sudu teh
Magnesium sulfate 1 1/2 ounces or 4sudu teh

Bajaperlu dilarutkan di dalam air panas secara berasingan dan kemudian ditambah ke tangki untuk menyatukan semua bahan.
 
Unsur mikro diperlukan dalam jumlah yang sangat kecil. Kerana ia adalah sukar untuk menyukat dalam kuantiti yang kecil, kaedah campuran dibuat  stok larutan  1 gelen terlebih dahulu, kemudian stok ini diguna bagi membuat 25 gelen larutan baja  sebagaimana berikut:-

Baja Kimia Jumlah Bagi 1 gelen stok Jumlah stok  bagi dicampur  kedalam 25 gelen larutan baja
Boric Acid 2sudu teh 1/2 pint
Manganese chloride

1sudu teh 1/2 pint
Zinc sulfate

2sudu teh 1/2sudu teh
Copper sulfate

1sudu teh 1/2susu teh
Iron sulfate

4sudu teh 1/2 pint


FORMULA NUTRIEN (BAJA) DR. ALAN COOPER

Dr. Alan Cooper  menyediakan formula baja hidroponik NFT bagi 1,000 liters air sebagaimana berikut:-

Nutrient Chemicals Weight in grams
Potassium dihydrogen phosphate 263.00
Potassium nitrate 583.00
Calcium nitrate 1003.00
Magnesium sulphate 513.00
EDTA iron 79.00
Manganous sulphate 6.10
Boric acid 1.70
Copper sulphate 0.39
Ammonium molybdate 0.37
Zinc sulphate 0.44  

FORULA LARUTAN NUTRIEN HIDROPONIK TAKUNG PLASTIK

Kadar baja yang diperlukan untuk sayur jenis daun jika larutan nutrien disediakan sendiri adalah seperti berikut :-

BAJA

BERAT (g)

UNSUR KEPEKATAN (bsj)
Ammonium nitrat
75
N 300
Kalium fosfat
40
P 80
Kalium nitrat
32
K 230
Kalsium klorida
55
Ca 200
Magnesium sulfat
18
Mg 36
Besi/Ferum (Fe-EDTA)
3.29
Fe 5
Boron
0.56
B 1.0
Manganous chloride
0.18
Mn 0.5
Kuprum sulfat
0.04
Cu 0.1
Zingkam sulfat
0.05
Zn 0.1
Ammonium molybate
trace
Mo trace
Baja komersil (Gred)
Pertanian atau industri
  • Gred teknikal




FORMULASI BAJA THS

Bagi tujuan komersial ketepatan penggunaan garam mineral amatlah penting dalam kejayaan projek. Formula yang telah dibangunkan oleh Terengganu Hydroponics Society adalah sebagaimana di bawah:-

UNSUR MAKRO

Garam Mineral  Gram/1000 liter larutan baja 

Nutri  Fosfat (P) 18 

Nutri Potasium (K) 30

Nutri Nitrat (N) 60

Nutri Magnesium (Mg) 31

Garam mineral mesti dilarutkan dalam air panas secara berasingan dan ditambahkan kedalam tangki larutan. Gunakan bahan  grade kimia. Gred baja  boleh juga digunakan kerana harganya lebih murah. Garam mineral gred kimia adalah mudah larut berbanding dengan gred baja. 
Elemen mikro cuma diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Disebabkan sukar untuk disukat kerana keperluan yang kecil, larutan stok perlu perlu dibuat terlebih dahulu. Larutan stok ini kemudiannya untuk ditambah dalam air bagi dijadikan larutan nutrien (baja)
  
UNSUR MIKRO

Garam Mineral Gram/1000 liter larutan baja 


Nutri Borium (B) 1.7


Nutri Manganes (Mn) 3.2


Nutri Zink (Zn) 0.45


Nutri Cuprum (Cu) 0.28


Nutri Ferrum (Fe) 30


Nutri Molibdenum (Mo)
0.13



Jika air paip digunakan , Nutri zink  dan  cuprum mungkin tidak diperlukan kerana bahan berkenaan telah hadir dalam air paip. Elemen mikro cuma diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Disebabkan sukar untuk disukat kerana keperluan yang kecil, larutan stok perlu perlu dibuat terlebih dahulu. Larutan stok ini kemudiannya untuk ditambah dalam air bagi dijadikan larutan nutrien (baja).


MEMBUAT BAJA DENGAN FORMULASI SENDIRI 

Sebagai contoh kita hendak sediakan larutan nutrien dengan  formulasi berikut:-
N: 200 ppm, P: 60 ppm, K : 300 ppm, Ca :100 ppm

Kita boleh memilih baja sebagaimana berikut sebagai bahan;


Ammonium nitrate (NH4NO3)
33.5% N
Calcium nitrate (Ca(NO3)2)-dry
15% N, 19% Ca
Potassium nitrate (KNO3)
13% N, 36.5 K
Monopotassium phosphate (KH2PO4)
23% P, 28% K
Magnesium sulfate (MgSO4)
10% Mg, 14% S 




Mula-mula kita selesai P dengan menggunakan baja monopotasium phosphate

Monopotassium phosphate (KH2PO4) - MPP      
23% P, 28% K 

i) P 200 ppm berarti dalam setiap 1 L air di campur dengan 200 mg Phosporus (P)
Dalam 100 mg MPP mengandungi 23 mg P (23 % P)
Untuk dapat 60 mg P ---------- 60/23 x 100 = 260.8 mg MPP

ii) Dalam 260.8 mg MPP telah ada unsur K ...... kira berapa mg unsur   K (potasiam) ?
                          K----------260.8 mg  MPP x (28 % K) = 73 mg K

kedua  kita selesai k  dengan menggunakan baja potasium nitrate

Potassium nitrate (KNO3)
13% N, 36.5 K 

iii) K yang diperlukan 300 ppm, dalam MPP yang digunakan telah ada 73 mg K, jadi baki yang masih diperlukan ( 300 - 73) = 227 mg.

iv) Kita guna baja KNO3 untuk dapatkan baki 227 mg

 v) 100 mg KNO3 .--------------------mengandungi 36.5 mg K
untuk dapat 227 mg K --------------227  x 100/36.5 = 622 mg KNO3

vi) Dalam 622 mg KNO3 telah ada unsur N.........kira berapa mg unsur N (nitrojan) ?
                       N.....................622 x (13% N ) = 80.9 mg N
 
keTIGA  kita selesai CALSIUM  dengan menggunakan baja CALSIUM nitrate

Calcium nitrate (Ca(NO3)2)-dry
15% N, 19% Ca

vii) Kita baja Ca(NO3)2 untk dapatkan 100 mg Ca
100 mg  Ca(NO3)2 mengandungi 19 mg Ca (19% Ca)
Untuk dapatkan 100 mg Ca.............100 x 100/19 = 526.3 mg  (Ca(NO3)2)

viii) Dalam 526.3 mg   (Ca(NO3)2) telah ada unsur N...... kira berapa kah unsur N ?
                      N................526.3 x (15% N) = 78.9 mg N

keEMPAT  kita selesai NITROJAN  dengan menggunakan baja AMONIA nitrate

Ammonium nitrate (NH4NO3)
33.5% N

ix) Untuk dapatkan 200 N

N yang telah ada pada vi......80.9 mg
N yang telah ada pada viii....78.9 mg
Baki N yang masih perlu 200 - (80.9 + 78.9) = 40.2 mg N
Kita guna amonium nitrat untuk dapatkan 40.2 mg N
 
x) 100 mg Ammonium Nitrat mengandungi 33.5 mg N

Untuk dapatkan 40.2 N..........40.2 x 100/33.5 = 120 mg Amonium Nitrat.

xi) Hasil perkiraan jumlah baja yang diperolihi dimasukan dalam jadual sebagai ujian;


AMOUNT
N
P
K
Ca


KH2PO4
260.8

60
73



CaNO3
526.3
78.9


100


KNO3
662
80.9

227



NH4 NO3
120
40.2





TOTAL

200
60
300
100




  Sebarang Pertanyaan Hubungi kami di : hidroponiksatu@gmail.com


© Copyright 2002-2013, Terengganu Hydroponics Society
                                                        All Rights Reserved

1

4 comments:

  1. Kalau ada tlg contact saya 0199316895

    ReplyDelete
  2. Ilmu yang sangat berguna...tq admin

    ReplyDelete
  3. Cara buat baja hidroponik yg mnggunakan brg2 mudah dpt ada x?bhan2 kitar smula ke.....

    ReplyDelete