Monday 8 April 2013

HIDROPONIK KAEDAH TITIS

Timun Eropah (European Cucumbers) merupakan spesis timun yang mempunyai pulangan paling tinggi. Diusahakan secara komersial di Eropah dan kawasan Meditrenean. Tujuh varieties utama timun ini ialah Toska 70, Pandex, Sandra, Farbio, Corona, Marillo dan Fidelio. Di kawasan tanah rendah Terengganu tanaman ini terbukti sesuai diusahankan seca hidroponik kaedah titis (drip)

  Polybag digunakan untuk memasukan medium tanaman tanpa tanah dan sistem drip dipasang bagi membekalkan air dan larutan baja bagi pertumbuhan pokok. Jarak pokok yang disyorkan ialah 1 meter persegi sepokok.
 
   Baja hidroponik komersil hendaklah digunakan dengan kadar yang disyorkan pada label. Bekalan  boleh didapati dari kedai-kedai pembekal baja swasta.  
  Semai satu biji benih ke dalam satu kiub span . Selepas benik bercambah. pindahkan kedalam polybag yang telah disiapkan sebelumnya seperti gambar di atas.
 
  Pemberian air dan nutrasi yang mencukupi amat perlu bagi memastikan pertumbuhan pokok tidak terencat. Pada hari redup air baja diberi dua kali sehari manakala pada hari panas air dan nutrasi diberi hingga lima kali sehari. Volume pemberian air bagi pokok matang ialah 1liter sehari. Timer digunakan bagi pemberian air dan larutan baja secara automatik.  
 
Pokok hendaklah mempunyai sistem akar yang kuat dan pertumbuhan yang subur sebelum boleh menampung bunga dan buah. Semua sulur dan bunga hendaklah dibuang sebelum matatunas ke 8 atau 10. Pastikan pokok menjalar melalui sokongan dengan arah yang sama. Pangkas semua sulur air. Apabila pokok telah mencapai ketinggian 6-7 kaki, tinggalkan 2 sulur yang sihat bagi menjalar kebawah dan biarkan bergantung pada jarak 3 kaki dikiri dan kanan pokok induk. Sistem ini dipanggil sistem payung.
 
  Gunakan racun kulat dan serangga yang sesuai jika pokok menghadapi masalah berkenaan. Bahan kimia berkenaan digunakan sebagaimana kadar yang disyorkan pada lebel di bekas atau bungkusan.
Dengan amalan pertanian yang baik 7 hingga 12 kg buah boleh dipetik dalam masa 4 bulan bagi setiap pokok
 
  Timun Eropah mempunyai rasa yang lebih enak berbanding dengan timun tempatan.Pada suhu 18 - 25 darjah celsius timun ini boleh disimpan hingga 2 minggu.  
BAJA TIMUN EROPAH HIDROPONIK (KAEDAH TITIS)
Bagi tujuan komersial ketepatan penggunaan garam mineral amatlah penting dalam kejayaan projek. Formula yang telah dibangunkan oleh Terengganu Hydroponics Society adalah sebagaimana di bawah:-

UNSUR MAKRO
Gram/1000 liter larutan baja 
  Garam Mineral  Hari ke 7 hingga 30  Hari ke 31 ke atas
  Nutri  Fosfat (P) 20  20
  Nutri Potasium (K) 78  78
  Nutri Nitrat (N) 100  80
  Nutri Magnesium (Mg) 42  42
 UNSUR MIKRO
  Garam Mineral Gram/1000 liter larutan baja 
 
  Nutri Borium (B) 1.7
 
  Nutri Manganes (Mn) 3.2
 
  Nutri Zink (Zn) 0.45
 
  Nutri Cuprum (Cu) 0.28
 
  Nutri Ferrum (Fe) 30
 

Nutri Molibdenum (Mo)
0.13


ALATAN-ALATAN 
1 Tangki larutan atau takung
2 10 biji gelas atau kelalang
3 Pengacau
4 pH Meter (untuk dapat ketepatan)
CARA-CARA
1 Penuhi 1/4 tangki larutan dengan air.

2 Larutkan 10 jenis garam mineral dengan air panas dalam 10 bekas berasingan.

3 Mula dengan mencampurkan larutan Nutri Pottasium kedalam tangki larutan.

4 Tambah air kedalam tangki larutan sehingga 3/4 tangki penuh.

5 Tambah larutan Nutri Magnesium dan nutri phosphate kedalam tangki larutan .

6 Tambah larutan Nutri Nitrat kedalam tangki larutan perlahan-lahan dan kacau rata.

7 Tambah semua larutan unsur mikro kecuali nutri ferrum.

8 Uji dan ubahsuai pH larutan kepada 5.8-6.4 (guna pH meter).

9 Tambahkan larutan Nutri Ferrum serta tambah air memenuhi tangki larutan.





Jika air paip digunakan , Nutri zink  dan  cuprum mungkin tidak diperlukan kerana bahan berkenaan telah hadir dalam air paip.  

Elemen mikro cuma diperlukan dalam kuantiti yang kecil. Disebabkan sukar untuk disukat kerana keperluan yang kecil, larutan stok NUTRI MIKRO atau NUTRI TRACE ELEMENT boleh didapati dipasaran. . Larutan ini dalam bentuk stok diguna secara  ditambah dalam a larutan nutrien yang hanya mengandungi unsur makro.

© Copyright 2002-2013, Terengganu Hydroponics Society
All Rights Reserved

No comments:

Post a Comment