Thursday, 11 April 2013

HIDROPONIK TAKUNG STATIK - SISTEM RAKIT

Peringkat Pebesaran
Anak benih dalam kiub oasis dari semaian yang telah sedia untuk dipindahkan kerakit bagi diapungkan dalam kolam atau takung untuk pembesaran.
Gambar Rakit polistrin berukuran 15cm x 15 cm (6in x 6 in ) dengan lubang atau tingkap di bahagian tengah bagi memasukkan anak benih beserta medium semaian. Rakit ini  digunakan untuk mengapungkan tanaman dalam takung atau kolam bagi dibesarkan.
Anak benih dalam kiub oasis dimasukkan kedalam tingkap rakit.
Anak benih bersama medium semaian dimasukkan kedalam tetingkap rakit untuk diapungkan kedalam larutan baja.
Kelihatan akar pokok di bahagian bawah tingkap rakit 
Rakit yang mengandungi anak benih diapungkan kedalam takung. Takung telah terlebih dahulu dimasukan larutan baja dengan kepekatan penuh.
Rakit-rakit yang mengandungi anak benih diapungkan kedalam takung bagi tujuan pebesaran.
ph meter diguna untuk uji ph larutan
ppm meter diguna untuk ukur kepekatan larutan
Rakit yang mengandungi pokok diapongkan untuk pembesaran. Takung dibuat daripada kayu 0.5 in x 6 inci. Tanah bertindak sebagai tapak takung. Plastik dialas dibahagian dalam takung untuk menahan air.
Rakit yang mengandungi pokok yang  matang pada hari ke 30.

PERCAMBAHAN BENIH SAYUR SISTEM KIUB OASIS

Benih dicambah dengan menggunakan kiub oisis (span pencuci periuk boleh jadi pengganti)  sebagai medium semaian bagi percambahan biji.. Kiub oisis  yang mengandungi biji benih diletakkan dalam takung mengandungi air bersih untuk percambahan biji. 
Gambar
Aktiviti Semaian
Takung kecil, kiub oasis(medium percabahan)  lidi satey, biji benih dan baja merupakan peralatan dan bahan yang


perlu untuk seamian beneh.
Biji beneh (3-4 biji) dimasukkan kedalam medium semaian (kiub oisis) yang telah diguris dibahagian tengahnya bagi memasukkan biji benih kedalamnya.
Air bersih dimasukkan kedalam takung semaian. Medium semaian yang sudah dimasukkan biji benih kedalanya ditekan-tekan dengan tangan bagi membolihkan air meresap kedalamnya bagi tujuan percabahan benih.
Pada hari kedua (biji benih mula bercabah), larutam baja dengan setengah kadar kepekatan dimasukkan kedalam takung semaian.
Pada hari ke 10 atau ke 11 anak benih telah mula membesar dalam kiub oisis dan sedia untuk dipindahkan bagi pembesaran dalam sistem hidroponik.(tinggalkan satu pokok yang subur sahaja bagi setiap satu kiub oasis)

Monday, 8 April 2013

PRODUK HIDROPONIK / FORMULA BAJA HIDROPONIK

FORMULA BAJA HIDROPONIK
 
COOPER FORMULA

Component A

1.Calcium Nitrate (20.06kg)
2.Fe-EDTE (1058g)
 
Component B

1.Kalium Nitrate (11.6kg)
2.Magnesium Sulphate (10.26kg)
3.Mono kalium phosphate (5.26kg)
4.Zinc Sulphate (8.8kg)
5.Mn Sulphate (122g)
6.Cu Sulphate (7.8g)
7.Ammonium Molibdat (7.4g)
8.Boric acid (34g)
 
FORMULA MARDI (Malaysian Research & Development Institute) Formula:
 
Untuk Melon

Component A

1.Calcium Nitrate (11.3kg)
2.Fe-EDTA (164g) Magnesium Sulphate (5.64kg)

Component B

1.Kalium Nitrate (10.1kg)
2.Magnesium Sulphate (5.64kg)
3.Mono Kalium Phosphate(1.75kg)
4.Zn Sulphate (2.2g)
5.Mn Sulphate (15.4g)
6.Cu Sulphate (0.78g)
7.Ammonium Molibdat (0.18g)
8.Boric acid (30g)
 
Untuk Tomato 

Component A

1.Calcium Nitrate (9.36kg)
2.Fe-EDTA (164g)
 
Component B

1.Kalium Nitrate (8.12kg)
2.Magnesium sulfat (2.630kg)
3.Mono Kalium Phosphate(4.962kg)
4.Zn Sulphate (2.2g)
5.Mn Sulphate (15.4g)
6.Cu Sulphate (0.78g)
7.Ammonium Molibdat (0.18g)
8.Boric Acid (30g)

FORMULA DR ALAN COOPER -  proposed this formulation
ingredients to be added to 1000 liters of water for NFT

Nutrient Chemicals Weight in grams
Potassium dihydrogen phosphate 263.00
Potassium nitrate 583.00
Calcium nitrate 1003.00
Magnesium sulphate 513.00
EDTA iron 79.00
Manganous sulphate 6.10
Boric acid 1.70
Copper sulphate 0.39
Ammonium molybdate 0.37
Zinc sulphate 0.44 
 

FORMULA BAJA CAMPURAN  HIDROPONIK THS

THS  membangunkan formulasi baja hidroponik dengan 4 kumpulan garam mineral ia itu NUTRI A, NUTRI B, NUTRI C & NUTRI MIKRO dengan kandungan dan pengunaan sebagaimana berikut:-
 
NUTRI A -  garam mineral membekalkan N, P, K, Mg
NUTRI B -  garam mineral membekalkan N, P, K, Mg
NUTRI C -  garam mineral membekalkan N, P, K, Mg

NUTRI MIKRO - Larutan mengandungi unsur B, Mo, Cu, Zn, Mo, Fe


PENYEDIAAN 100 LITTER LARUTAN BAJA HIDROPONIK UNTUK SAYURAN DAUN
     (SAWI, SALAD, BAYAM, DLL)
Bahan-bahan

Nutri A yang mengandungi kompaun 4 kampit kecil g Garam Mineral A1, A2, A3 da A4.
Bahan-bahan ini membekalkan elemen makro iaitu Nitrojan, Fosfat, Pottasium
dan Magnesium

Nutri Mikro merupakan larutan yang mengandungi elemen mikro iaitu Boron, Mangan, Kuprum, Zink
Molebdenum dan Ferum.

Alat-Alatan
1) Tangki atau takung
2) 4 biji gelas atau kelalang
3) Pengacau
4) Ph Meter (untuk dapat ketepatan)
Cara-Cara
1) Penuhi satu pertiga tangki dengan air bersih
2) Larutkan setiap satu jenis garam mineral  dalam satu gelas berasingan dengan menggunakan air panas.
    bagi menjadikan larutan dengan kadar 58gm  A1, 29gm  A2, 31gm  A3 dan  18gm  A4.
3) Masukkan larutan  A1 kedalam tangki
4) Tambah air kedalam tangki menjadi tiga perempat tangki
5) Masukkan larutan  A2 kedalam tangki
6) Masukkan larutan  A3 kedalam tangki
7) Secara perlahan masukan larutan A4 kedalam tangki dan kacau hingga rata
8) Tambahkan 120 ml larutan Nutri C  kedalam tangki dan kacau.
9) Uji dan adjus ph supaya berada pada tahap 5.8 - 6.4.


PENYEDIAAN LARUTAN BAJA HIDROPONIK UNTUK SAYURAN BUAH
     (TOMATO, CILI, TERUNG DLL ) HARI KE 7 HINGGA HARI KE 30
Bahan-bahan

Nutri B yang mengandungi kompaun 4 kampit kecil g Garam Mineral A1, A2, A3, A4 dan A5
Bahan-bahan ini membekalkan elemen makro iaitu Nitrojan, Fosfat, Pottasium
dan Magnesium

Nutri Mikro merupakan larutan yang mengandungi elemen mikro iaitu Boron, Mangan, Kuprum, Zink
Molebdenum dan Ferum.

Alat-Alatan
1) Tangki atau takung
2) 4 biji gelas atau kelalang
3) Pengacau
4) Ph Meter (untuk dapat ketepatan)
Cara-Cara
1) Penuhi satu pertiga tangki dengan air bersih
2) Larutkan setiap satu jenis garam mineral  dalam satu gelas berasingan dengan menggunakan air panas.
    bagi menjadikan larutan dengan kadar 58gm  A1, 14gm  A2, 31gm  A3 ,  25gm  A4.dan 39gm A5
3) Masukkan larutan  A1 dan A5 kedalam tangki
4) Tambah air kedalam tangki menjadi tiga perempat tangki
5) Masukkan larutan  A2 kedalam tangki
6) Masukkan larutan  A3 kedalam tangki
7) Secara perlahan masukan larutan A4 kedalam tangki dan kacau hingga rata
8) Tambahkan 120 ml larutan Nutri C  kedalam tangki dan kacau.
9) Uji dan adjus ph supaya berada pada tahap 5.8 - 6.4.


PENYEDIAAN LARUTAN BAJA HIDROPONIK UNTUK SAYURAN BUAH
       (TOMATO, CILI, TERUNG DLL )  HARI KE 31 HINGGA  MATANG

Bahan-bahan

Nutri C yang mengandungi kompaun 4 kampit kecil  Garam Mineral A1,  A3, A4 dan A5
Bahan-bahan ini membekalkan elemen makro iaitu Nitrojan, Fosfat, Pottasium
dan Magnesium

Nutri Mikro merupakan larutan yang mengandungi elemen mikro iaitu Boron, Mangan, Kuprum, Zink
Molebdenum dan Ferum.

Alat-Alatan
1) Tangki atau takung
2) 4 biji gelas atau kelalang
3) Pengacau
4) Ph Meter (untuk dapat ketepatan)
Cara-Cara
1) Penuhi satu pertiga tangki dengan air bersih
2) Larutkan setiap satu jenis garam mineral  dalam satu gelas berasingan dengan menggunakan air panas.
    bagi menjadikan larutan dengan kadar 82gm  A1, 46gm  A3 ,  30gm  A4.dan 71gm A5
3) Masukkan larutan  A1 dan A5 kedalam tangki
4) Tambah air kedalam tangki menjadi tiga perempat tangki
5) Masukkan larutan  A3 kedalam tangki
6) Secara perlahan masukan larutan A4 kedalam tangki dan kacau hingga rata
7) Tambahkan 120 ml larutan Nutri C  kedalam tangki dan kacau.
8) Uji dan adjus ph supaya berada pada tahap 5.8 - 6.4.


© Copyright 2002-2013, Terengganu Hydroponics Society
All Rights Reserved

BERITA HIDROPONIK


AGROBIZ

ARKIB : 27/02/2012

MARDI terajui penanaman sayuran lestari


Tanaman sayur dengan teknologi tanpa tanah kelihatan subur.


CUBA bayangkan anda memetik sendiri sayur yang ditanam di sekeliling rumah. Untuk mencari pendapatan lebih, sayur itu dijual kepada jiran di kawasan anda dan mereka juga boleh memetiknya sendiri.
Senario sedemikian biasa berlaku di kampung-kampung. Tetapi ia biasanya diberikan percuma kerana menjadi adat resam, memberi sesuatu kepada tetangga merupakan satu terjemahan berbudi bahasa.
Orang akan bertanya, bagaimanakah senario tersebut boleh berlaku di kawasan perumahan bandar?
Tidak mungkin terdapat kawasan perumahan yang menanam sayur-sayuran kerana kawasan yang begitu terhad.
Namun bagi Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI), teknologi boleh memberi jawapan bagaimana untuk merealisasikan impian tersebut.
Hanya yang penting dan menjadi persoalan ialah sejauh mana teknologi tersebut mampu dikuasai oleh mereka di kawasan bandar yang berhasrat mahu menanam sayuran di kawasan rumah.
MARDI berpegang kepada kata kunci Pemimpin Agroteknologi dan Bridging knowledge and communities dan inilah yang menggerakkan inisiatif agensi tersebut untuk membawa teknologi pertanian kepada masyarakat.
Agensi tersebut memiliki ratusan teknologi mencakupi pelbagai bidang pertanian dan ia sewajarnya dinikmati oleh masyarakat.
Sebagai contoh mudah, Stesen Penyelidikan MARDI di Cameron Highlands mewujudkan satu Taman Agroteknologi yang menghimpunkan pelbagai teknologi penanaman sayur tanpa tanah yang realistik dan mudah dilaksanakan.
Penggunaan teknologi tersebut mungkin menimbulkan persepsi bahawa ia memerlukan kos tinggi, renyah dan perlu mempelajari kemahiran teknikal yang sukar.
Bagi Pegawai Penyelidik Agronomi MARDI Cameron Highlands, Mohammad Abid Ahmad, ramai yang mungkin memandang sinis teknologi tersebut apath lagi ia telah diperkenalkan di negara ini beberapa dekad yang lepas.
''Ada yang mungkin berkata, sistem tersebut sudah lama ,tak perlulah kita sebutkan lagi dan sudah mencubanya tetapi susah (untuk dilaksanakan)," ujarnya.
Mohammad Abid berkata, segelintir mereka yang beranggapan demikian mungkin menyalahkan teknologi tersebut kerana gagal memanfaatkannya sedangkan mereka sewajarnya menguasainya terlebih dahulu.
Sebab itu kata beliau, MARDI berusaha untuk mengadaptasi teknologi sedia ada supaya mudah difahami dan dikuasai. Pada masa yang sama, pihaknya juga cuba mengubahsuai daripada segi penggunaan dan bahan yang digunakan supaya murah dan mudah diperoleh.
Beliau memberi contoh , antara cara mudah dalam teknologi hidroponik yang menggunakan platform high impact polikarcarbonate pada harga RM160 satu meter persegi sedangkan ia boleh digantikan dengan papan lapis.
Penggunaan papan lapis sebagai contoh untuk tiangnya boleh digunakan dengan kayu berbanding penggunaan besi pada masa ini akan dapat menjimatkan kos serta tidak menjejaskan fungsi dan seterusnya pengeluaran hasil.
Sebenarnya kata Mohammad Abid, pendekatan MARDI bagi menjadikan teknologi tanaman sayur tanpa tanah lebih mesra pengguna menjadi satu amalan yang diperkenalkan selama ini.
Ia sejajar dengan tag line MARDI Cameron Higlands sebagai Pusat pertanian lestari tanah tinggi.
''Pertamanya, kami memperkenalkan teknologi yang ada kepada masyarakat dan golongan sasar dan kedua, mencetuskan idea untuk berinovasi dengan teknologi tersebut iaitu mengubahsuainya mengikut kemampuan.
''Ketiga, kami menganjurkan latihan dan kursus kepada mereka yang berminat untuk mempelajari teknologi berkenaan," ujar beliau.
Beliau memberitahu, terdapat lebih dari sepuluh jenis teknologi penanaman sayuran tanpa tanah yang ada dan sebahagiannya diperkenalkan di taman tersebut.
Antara teknologi tersebut ialah sistem hidroponik teknik banjir, surut dan alir, teknik aliran nipis (NFT), sistem hidroponik teknik pengairan titis bertingkat, dan teknik aliran dalam (DFT).
Pelbagai lagi sistem dan teknik sedang dan dalam perancangan untuk dibangunkan bagi menambahkan variasi dalam teknik hidroponik
Pihaknya sebelum ini telah dua kali mengadakan kursus kepada penggemar perkebunan di rumah (home gardener) atau mereka yang berminat untuk menanam sayur di kawasan rumah.
Teknologi tersebut katanya tidaklah rumit seperti yang digembar-gemburkan, dengan syarat mereka mempunyai minat dan menguasai ilmu teknologi berkenaan.
''Teknologi tersebut boleh digunakan di belakang dapur dengan skala kecil untuk kegunaan sendiri.
''Setakat 20 puluh atau 30 pokok, mereka tidak perlu risau sebab baja dan air disalurkan ke tanaman secara automatik," ujarnya.
Teknologi berkenaan mengamalkan pengurusan mudah sebab penggunaan sistem automatik tanpa penggunaan racun dan amalan agronomi yang baik dengan kerja-kerja penyelenggaraan yang minimum.
Penanam juga boleh bekerja dalam keadaan bersih dan paling penting, sistem tersebut dapat mengelakkan penyakit bawaan tanah.
Hasil pengeluaran pula lebih tinggi sehingga tiga kali ganda dan kos infrastruktur yang murah dan efektif hanya untuk sekali sahaja.
Setakat ini katanya, teknologi tersebut boleh diguna pakai untuk sayuran jenis daun seperti sawi, kubis, kangkung, salad, kailan manakala jenis berbuah seperti tomato dan timun memerlukan sokongan lain yang memungkinkan kos tambahan.
''Satu lagi, teknologi ini sesuai untuk tanaman jangka pendek dan intensif dengan hasil tuaian yang cepat antara sebulan hingaa dua bulan," katanya.
Pada masa sama, meskipun penggunaan struktur pelindung hujan tidak menjadi syarat, ia lebih baik untuk mengelakkan ancaman penyakit dan air berlebihan dan hasil mungkin lebih rendah.

Artikel Penuh: http://202.190.126.92/utusan/info.asp?y=2012&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Agrobiz&pg=ag_01.htm#ixzz2QDz9Dgxh
© Utusan Melayu (M) Bhd

Jabatan Pertanian Telah diamanahkan Untuk Lahirkan Usahawan Tani 

Untuk menjayakan projek pertanian yang berdaya maju, para petani, penternak dan nelayan perlu diberi maklumat terkini dalam amalan pengurusan dan penggunaan teknologi terkini. Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Pertanian di gesa supaya menyampaikan maklumat terkini melalui aktiviti-aktiviti perbincangan, lawatan keladang, ceramah dan risalah serta bahan citak yang lain. Pengtahuan serta maklumat asas amat penting untuk menjayakan setiap projek yang dijalankan oleh para petani . Bagi mencapai matlamat ini Kementerian Pertanian sendiri telah mewujudkan Pusat Pembangunan Usahawan (BDC) bagi memberi maklumat pasaran, perkhidmatan teknikal, peluang pelaburan dan sebagainya kepada pihak swasta dan individu yang berminat untuk melabur dalam sektor pertanian.
     -(Petikan amanat YB. Menteri Pertanian dalam Transformasi Pertanian Bil 1/2001)


  1. Teknologi hidroponik hasilkan rumput ternakan - Utusan Online

    ww1.utusan.com.my/utusan/.../Teknologi-hi... - Translate this page
    Jun 4, 2012 – DALAM industri ternakan, beban utama pengusaha dalam kos operasi selain gaji pekerja ialah sumber makanan. Kos makanan seringkali ...
    You visited this page on 08/04/13.
  2. Orang ramai kagumi hidroponik - Utusan Online

    www.utusan.com.my/utusan/info.asp?...Utu... - Translate this pageShare
    Aug 13, 2009 – MELAKA 12 Ogos - Orang ramai menyifatkan tanaman hidroponik dalam takungan ikan sungguh unik dan mudah untuk diusahakan.
    You visited this page on 08/04/13.
  3. Hidupkan semula tanaman hidroponik - Utusan Online

    www.utusan.com.my/utusan/info.asp?...Utu... - Translate this page
    Nov 5, 2008 – "Paling penting, kaedah hidroponik lebih cepat, mudah, selamat, bersih dan segar untuk dimakan," katanya kepada Utusan Malaysia ketika ...
  4. Masyarakat digesa tanam sayur hidroponik - Utusan Online

    www.utusan.com.my/utusan/info.asp?...Utu... - Translate this page
    Feb 8, 2012 – KOTA TINGGI 7 Feb. - Orang ramai digesa menanam sayur-sayuran menggunakan kaedah hidroponik di sekeliling rumah kerana ia lebih ...
  5. Penanaman kaedah hidroponik - Utusan Online

    www.utusan.com.my/utusan/info.asp?...Utu... - Translate this page
    Feb 10, 1998 – ''SEKALI bah sekali pantai berubah'' begitulah juga dengan negara apabila dilanda kegawatan ekonomi sekelip mata mahu rakyat mengubah ...
  6. Sayur-sayuran berbuah... sesuai ditanam cara hidroponik

    www.utusan.com.my/utusan/info.asp?... - Translate this page
    Jul 27, 1998 – KAEDAH hidroponik tidak saja sesuai bagi menanam pelbagai jenis sayur-sayuran berdaun, tetapi juga amat memberangsangkan ...
  7. Hasil hidroponik - Utusan Online

    www.utusan.com.my/utusan/info.asp?...Utu... - Translate this page
    Apr 12, 1998 – Usaha untuk memberikan nafas baru bagi menggiatkan lagi penanaman padi dan penghasilan ternakan di negara ini menerusi konsep ...
  8. Hidroponik... semudah ABC - Utusan Online

    www.utusan.com.my/utusan/info.asp?...Utu... - Translate this page
    Jun 8, 1998 – Menurut Pegawai Pertanian, Bahagian Sayuran dan Tanaman Ladang Jabatan Pertanian Malaysia, Mustapa Umar, kerana ia amat mudah,
 




  1.  Suami isteri kena tahan kes tanam 7 pokok ganja - Berita Harianwww.bharian.com.my/articles/.../print_html - Translate this pageJun 2, 2010 – BH Online ... bhnews@bharian.com.my ... tujuh pokok ganja melalui kaedah hidroponik di belakang rumah mereka di Bandar Putra di sini.


    1. Berita Harian Online | Kerajaan akan lancar program Laman Agro
      www.bharian.com.my/bharian/articles/.../in... - Translate this pageShare
      Nov 13, 2011 – "Mereka boleh menggunakan kaedah pertanian seperti seperti hidroponik untuk bercucuk tanam kerana masyarakat perlu sedar bahawa









© Copyright 2002-2013, Terengganu Hydroponics Society
All Rights Reserved
  1

BEBERAPA TEKNIK HIDROPONIK

Sebahagian Kailan dan salad Webb Wonderful merupakan salad yang ditanam dikawasan beriklim sederhana. bersaiz besar apabila matang, mempunyai rasa yang enak. Teknik hidroponik telah mebolihkan spesis ini ditanam ditanah rendah di Malaysia.
Suatu hari nanti kita akan menjadi negara pengekspot salad yang biasa ditanam dikawasan sederhana. Gambar menunjukan salad jenis Lollo Rosse talah berjaya ditanam ditanah rendah di sini dengan teknik hidroponik takung !.
Tanam, tunggu dan tuai, begitulah mudahnya teknik hidroponik dalam menghasilkan sayur yang berutu tinggi dan bebas racun serangga.
Salad kerinting tempatan  merupakan satu spesis salad kegemaran masyarakat tempatan . Begitulah hebatnya teknik hidroponik ! 
Penggunaan rumah hijau mebolehkan salad tumbuh bebas dari serangga dan bebas dari penggunaan racun makhluk perosak.
Kesuburan salad spesis Eropah yang berjaya ditanam ditanah rendah di negara ini  sungguh mengasyikkan mata memandangan yang hanya gunakan sistem takung.
Hidroponik satu pelaburan yang menguntungkan dan satu era baru dalam indusrti tani di Malaysia. Sekiranya anda berminat perlu aklumat lanjut sila hubungi pembimbing hidroponik dengan klik dibawah ini. atau hubungi e-mail assiffah@yahoo.com



                                  © Copyright 2002, Terengganu Hydroponics Society
                         All Rights Reserved

PENANAMAN DRAGON FRUIT SECARA HIDROPONIK (FERTIGASI)

Buah naga sejenis buah eksotik berasal dari Mexico. Sulur batangnya tumbuh menjalar seperti naga  Tanaman ini mudah tumbuh dan memberi pulangan yang tinggi. Berat buah antara 200 hingga 800 gm. Buah dihasilkan bila pokok berumur 2 tahun. Purata buah semusim 50 buah, dapat dipungut setiap 2 minggu. Pokok mengeluarkan hasil sehingga 15 tahun.
 
Pokok dragon fruit ditanam dalam pasu dengan diberi siraman baja secara fertigasi seminggu sekali dengan kadar 1 liter sepokok.
Pokok dragon fruit ditanam dalam calvet yag dijadikan pasu dengan diberi siraman larutan baja secara fertigasi seminggu sekali dengan kadar 1 liter sepokok.
Penggunaan teduhan dapat meningkatkan kesuburan pokok serta mengelakkan masalah reput batang akibat gangguan hujan.
Dragon fruit sedang berbuah.  Berat buah antara 200 hingga 800 gm. Buah dihasilkan bila pokok berumur 2 tahun. Purata buah semusim 50 buah, dapat dipungut setiap 2 minggu. Pokok mengeluarkan hasil sehingga 15 tahun. 
                                         © Copyright 2002-2013, Terengganu Hydroponics Society
All Rights Reserved

TANAMAN SALAK PONDUS KAEDAH HIDROPONIK

Terengganu Hydroponics Society telah menjalankan penyelidikan penanaman salak pondos secara hidroponik kaedah fertigasi atau titis dan mendapati hasilnya adalah tinggi sebagaimana di bawah:-
Benih salak dapat dibiakkan secara anak biji atau pun anak sulur (ketiak). Penggunaan anak biji adalah lebih mudah tetapi sukar ditentukan ketulinan baka serta jantina. 
Salak pondos merupakan klon baru yang dapat ditanam secara hidroponik (kaedah titis atau fertigasi) dan mengeluar hasil dengan cepat. Mula berbunga ketika berusia 18 bulan, dan buah mula masak ketika pokok hanya berusia  2 tahun selepas ditanam. Rasa buah nya lemak dan manis dan dapat memberi pulangan yang berganda berbanding dengan salak lain
Pokok jantan dan betina di perlukan bagi menghasilkan buah. Kekurangan bunga jantan sebahagian bunga betina tidak dapat didebungakan bagi hasilkan buah. Kadar minima ialah satu pokok jantan bagi setiap 25 pokok betina. 
Bunga betina yang sedia didebungan dikenali dengan tanda bunga berwarna merah. Seludang bunga betina dibuka dengan menggunakan gunting. Pollen (debunga) dengan cara menepuk-nepukkan bunga jantan diatas. permukaan bunga betina atau dengan cara meletakkan bunga jantan diatas bunga betina yang bewarna merah. Bunga betina yang telah didebungakan hendaklah ditutup dengan hujung pelepah salak atau daun pisang  bagi mengelak daripada dimasuki air hujan. 
Salak pondos mengeluarkan hasil hampir sepanjang tahun. Buah akan matang setelah 5 hingga 6 bulan pendebungaan dijalankan. Hasil tinggi pada bulan November hingga Januari, sederhana pada bulan-bulan yang lain. Walau bagaimana pun  salak pondusi berbuah sepanjang tahun jika dijaga dan di baja dengan sempurna.
Jika dijaga dengan baik salak pondos dapat memberi hasil yang menguntungkan. Anggaran  purata pengeluaran buah 25 kg/pokok/tahun 
Penanaman salak pondus secara biasa diladang juga dapat memberi hasil yang menguntungkan. Anggaran pendapatan bagi sehektar salak madu jika ditanam dengan jumlah pokok 2000 sehektar dengan purata pengeluaran buah 15 kg/pokok/tahun dan dengan anggaran harga RM 10.00 sekilogram dapat menghasilkan  hasil penjualan buah salak ialah  RM 300,000.00. Jumlah hasil akan bertambah sekiranya biji salak dibiakkan dan dijual anak benih, manakala isinya di jual sebagai salak jeruk hasilnya akan berlipar kali ganda. Satu killogram dapat menghasilkan 40 hingga 50 anak benih dan 3/4 killogram jeruk isi salak. Sekiranya anak benih dijual dengan harga RM 1.50 sepokok dengan purata 40 pokok dan isi jeruk dijual dengan RM 6.00, setiap killogram salak dapat memberi hasil RM 66.00 . Bagi sehektar salak madu ia dapat memberi jumlah hasil RM 1,980.000.00  setahun.
© Copyright 2002-2013, Terengganu Hydroponics Society
All Rights Reserved
  1