Saturday 22 November 2014

AGRO SMART-VALVE AUTOPOT WATERING SYSTEM (ASAWS)

Kumpulan Penyelidik TATI telah berjaya mencipta satu sistem hidroponik yang diberi nama Agro Smart-Valve Autopot Watering System (ASAES) ia itu  satu kaedah penanaman pintar dimana tiada media tanaman diperlukan dan dapat menjimatkan kos input sehingga 90% berbanding dengan system penanaman tradisional dan system fertigasi. Ia juga  merupakan menambahbaik system penanaman sediaada dimana konsep penjimatan kos dan tenaga kerja menjadi keutamaan disamping kesan positif keatas agronomi tanaman dititikberatkan.
Tahniah kepada Kupulan Penyelidik.

Rekaan ini adalah satu injap dimana ianya dapat mengawal kemasukkan kuantiti baja secara automatic tanpa menggunakan kuasa elektrik juga tenaga manusia. Ianya sangat berpotensi untuk dimajukan kerana kosnya hanya 1/5 dari system yang ada di pasaran dan jauh lebih baik kepada pertumbuhan agronomi tanaman.

Produk ini telah mendapat pengiktirafan di INTERNATIONAL INVENTION, INNOVATION & TECHNOLOGY EXHIBITIONS (ITEX 2014) dimana produk ini berjaya merangkul pingat gangsa.
Tahniah dan penghargaan diucapkan kepada penyelidik yang telah berjaya mencipta inovasi ini.

No comments:

Post a Comment