Saturday 22 November 2014

TEKNIK MUDAH MENYEMAI BIJI BENIH

Percambahan biji benih tanaman dapat memberi hasil yang baik dengan menggunakan tray semaian dan peat-soil sebagai media penyemaian. Peat-soil juga di kenali sebagai tanah holland.

Mula-mula peat-soil dimasukkan kedalam lubang tray memenuhi kira-kira 4/5 daripada kedalaman lubang tray. Masukkan biji benih dengan meletakkannya di atas peat-soil. Setelah benih dimasukkan, masukkan tambahan peat soil bagi menutup 1/5 lagi bahagian lubang tray dan sekali gus menutup benih yang disemai.

Tray semaian dimasukkan peat-soil dan biji benih.

Tip yang perlu diingatkankan ialah cuma masukkan sahaja peat-soil kedalam lubang tray semaian berkenaan dan jangan sekali-kali menekan atau memadatkan peat-soil dalam tray tersebut.

Biji benih tumbuh dengan baik

Setelah disemai, siraman hendaklah dilakukan setiap hari dengan air yang halus atau secara perlahan bagi memastikan biji benih tidak terkeluar daripada tray semaian berkenaan.

Benih siap untuk dipindahkan

Setelah biji tumbuh dengan saiz yang dikehendakki, bolehlah memindah anak pokok untuk ditanam dalam sistem hidroponik mahupun penanaman atas tanah atau dalam pasu.

Peat-soil juga boleh diganti dengan menggunakan coco-peat atau habuk sabut kelapa.

No comments:

Post a Comment