Terengganu
Hydroponics Society telah menjalankan penyelidikan penanaman salak pondos secara
hidroponik kaedah fertigasi atau titis dan mendapati hasilnya adalah tinggi
sebagaimana di bawah:-
Benih salak dapat dibiakkan secara anak biji atau pun anak sulur (ketiak). Penggunaan anak biji adalah lebih mudah tetapi sukar ditentukan ketulinan baka serta jantina. | |
Salak pondos merupakan klon baru yang dapat ditanam secara hidroponik (kaedah titis atau fertigasi) dan mengeluar hasil dengan cepat. Mula berbunga ketika berusia 18 bulan, dan buah mula masak ketika pokok hanya berusia 2 tahun selepas ditanam. Rasa buah nya lemak dan manis dan dapat memberi pulangan yang berganda berbanding dengan salak lain | |
Pokok jantan dan betina di
perlukan bagi menghasilkan buah. Kekurangan bunga jantan sebahagian bunga
betina tidak dapat didebungakan bagi hasilkan buah. Kadar minima ialah
satu pokok jantan bagi setiap 25 pokok betina.
Bunga betina yang
sedia didebungan dikenali dengan tanda bunga berwarna merah. Seludang
bunga betina dibuka dengan menggunakan gunting. Pollen (debunga) dengan
cara menepuk-nepukkan bunga jantan diatas. permukaan bunga betina atau
dengan cara meletakkan bunga jantan diatas bunga betina yang bewarna merah.
Bunga betina yang telah didebungakan hendaklah ditutup dengan hujung
pelepah salak atau daun pisang bagi mengelak daripada dimasuki air
hujan.
|
|
Salak pondos mengeluarkan hasil hampir sepanjang tahun. Buah akan matang setelah 5 hingga 6 bulan pendebungaan dijalankan. Hasil tinggi pada bulan November hingga Januari, sederhana pada bulan-bulan yang lain. Walau bagaimana pun salak pondusi berbuah sepanjang tahun jika dijaga dan di baja dengan sempurna. | |
Jika dijaga dengan baik salak pondos dapat memberi hasil yang menguntungkan. Anggaran purata pengeluaran buah 25 kg/pokok/tahun | |
Penanaman salak pondus
secara biasa diladang juga dapat memberi hasil yang menguntungkan.
Anggaran pendapatan bagi sehektar salak madu jika ditanam dengan jumlah
pokok 2000 sehektar dengan purata pengeluaran buah 15 kg/pokok/tahun dan
dengan anggaran harga RM 10.00 sekilogram dapat menghasilkan hasil
penjualan buah salak ialah RM 300,000.00.
Jumlah hasil akan bertambah sekiranya
biji salak dibiakkan dan dijual anak benih, manakala isinya di jual
sebagai salak jeruk hasilnya akan berlipar kali ganda. Satu killogram
dapat menghasilkan 40 hingga 50 anak benih dan 3/4 killogram jeruk isi
salak. Sekiranya anak benih dijual dengan harga RM 1.50 sepokok dengan
purata 40 pokok dan isi jeruk dijual dengan RM 6.00, setiap killogram
salak dapat memberi hasil RM 66.00 . Bagi sehektar salak madu ia dapat
memberi jumlah hasil RM 1,980.000.00 setahun. |
© Copyright 2002-2013, Terengganu Hydroponics Society
All Rights Reserved |
No comments:
Post a Comment