Hidroponik statik merupakan hidroponik berteknologi rendah yang sesuai untuk
pertanian tropikal. Kebanyakan sistem hidroponik adalah berteknologi tinggi memerlukan
peralatan yang canggih dengan kos permulaan yang tinggi. Walaubagaimanapun
hidroponik statik tidak memerlukan peralatan yang canggih serta tidak memerlukan
tenaga eletrik. Hasil yang diperolihi melalui kaedah ini adalah setanding dengan
sistem lain yang menggunakan peralatan canggih dan tenaga eletrik.
Berukuran 15 cm tinggi, 52 cm panjang dan 26
lebar .
Takung plastik ini biasanya sesuai untuk sayur-sayuran berdaun sahaja dan biasa ditanam 8-12 pokok sayuran berdaun . |
|
Biji beneh (3-4 biji) dimasukkan kedalam medium semaian (kiub span) yang telah diguris dibahagian tengahnya bagi memasukkan biji benih kedalamnya |
|
Panel juga berfungsi sebagai penutup takung.
Diperlukan bagi
melindungi larutan baja di dalam takung dari terkena pancaran cahaya
matahari yang boleh merosakannya. Disamping mengelak kemasukan air hujan
yang akan mencairkan larutan baja. Bahan yang boleh digunakan adalah
kertas tebal, plastik atau polistiren.
Panel ini akan ditebuk lubang-lubang untuk meletakkan terus kiub oasis kedalam lubang tanpa menggunakan bakul semaian. Jaraknya lubang adalah bergantung kepada jenis tanaman.
Panel ini perlu dibuat sendiri.
|
|
Bagi memastikan pembesaran pokok yang sempurna, larutan
baja perlulah diukur pH dan kepekatannya supaya berada paras yang sesuai..
Ph diukur dengan pH meter, bacaan yang sesuai ialah antara 5.5 hingga 6.5.
Jika bacaan rendah daripada 5.5 masukkan soda bikarbonat (biasa diguna
untuk buat kueh) kacau dan sukat semula ph bagi dapat bacaan yang sesuai.
Jika ph tinggi daripada 6.5 masukkan cuka makan atau air bateri kedalam
larutan dan kacau, sukat semula hingga dapat bacaan yang sesuai. PPM
diukur bagi menentukan kepekatan larutan baja sesuai untuk pertumbuhan
pokok. Bacaan yang sesuai ialah 1280 ppm. Jika bacaan lebih rendah ,tambah
lagi stok baja, sebaliknya tambah air bersih sekiranya kepekatan
lebih tinggi.
|
|
Penel atau penutup takung dimasukkan kedalam takung dengan cara dipadatkan di permukaan takung. | |
Sayuran berdaun seperti salad boleh dituai dalam jangkamasa 21- 35 hari. Penuaian dilakukan dengan cara memisahkan pokok dari pelantar tanaman dengan berhati-hati bagi memastikan pelantar tidak rosak untuk digunakan seterusnya. Pelantar tanaman dan takung perlu dibersih dan dikeringkan untuk kegunaan selanjutnya. |
Bagi
tujuan komersial ketepatan penggunaan garam mineral amatlah penting dalam
kejayaan projek. Formula yang telah dibangunkan oleh Terengganu
Hydroponics Society.
|
No comments:
Post a Comment