Hidroponik merupakan dua ungkapan
Greek ia itu hidro yang berarti air dan phonos bearti kerja. Ia
membawa maksud aktiviti pertanian yang dijalankan dengan menggunakan air
sebagai medium menggantikan tanah. Teknik ini telah digunakan sejak tamaddun
awal sebelum masehi lagi. Taman Tergantung Babyloon antara sistem tanaman
secara hidroponik yang masyur diikuti dengan Tamaddun Aztez di Mexico di mana
masyarakat Indian menanam pokok secara terapung di permukaan tasik yang cetek atau
dapat di katakan sebagai sistem rakit. Marco Polo dalam pengembaraannya
mencatatkan bahawa terdapat penduduk di negara China menanam
secara hidroponik. Dalam Tamaddun Mesir juga terdapat aktiviti penanaman
secara hidroponik dijalankan.
Pada 1699, Woodward saintis
England telah menjalankan kajian menanam dengan menggunakan air sebagai
medium, garam mineral dilarutan kedalam air dengan dimasukkan sedikit tanah.
Keputusannya pokok tumbuh dengan baik dan tanah yang dicampur didapati
tidak berkurang. Pada 1930an saintis Amerika , Gerice dari Universiti
California telah berjaya menanam tomato dengan kaedah hidroponik yang mana
tomato tumbuh sehingga 7.5 meter. Perkembangan Teknologi Greenhouse di negara
barat telah membantu perkembangan hidroponik yang mana aktiviti pertanian
hidroponik dalam greenhouse dapat dijalankan sepanjang tahun.
Pada awal 70an, saintis England
Dr. Allen Cooper telah berjaya memperkenalkan teknik NFT yang merupakan
sistem hidroponik terbaik. Dalam kaedah ini larutan baja dari tangki
hidroponik dialirkan keakar tanaman dalam palung, larutan ini dikembalikan
semula kedalam tangki. Teknik ini telah berkembang selaras dengan
perkembangan teknologi digital yang mana terdapat operasi sistem ini yang
dikawal dengan komputer.
Kebaikan Hidroponik
Hidroponik mempunyai banyak
kelebihan berbanding dengan bertani secara konvensional. Kelebihan utama
ialah kawalan sepenuhnya keatas tanaman. Tumbuhan dapat di tanam dengan
kepadatan tinggi dengan kadar penggunaan baja yang lebih kecil kerana baja
tidak di larutresap kedalam tanah. Tanaman lebih cepat matang, tanpa
kerosakan akibat gangguan cuaca, penggunaan racun makhluk perosak yang minima
pasti mengurangkan kos pengeluaran.
Daya pengeluaran amat tinggi berbanding dengan cara kovensional. Sebagai contoh tomato yang ditanam atas tanah mengeluarkan hasil 5 hingga 10 tan seekar setahun berbanding 200 tan jika diusahakan secara hidroponik.
Tanaman Yang Sesuai
Sayur-sayuran - termasuk salad,
sawi, kobis, tomato, cili, timun, kacang dan sebagainya
Bunga - ros, orkid, marigold dsb. Foliage - palms, paku, ficus, dan house plants. Herba - basil, chives, mint, parsley, sage, thyme, dan lain-lain. Buah - pisang ,tembikai dan lain-lain. |
|
Keperluan Untuk Pertumbuahan
Sistem hidroponik tidak akan berjaya
tanpa persekitaran yang baik. Seperti teknik penanaman atas tanah, ia
memerlukan suhu yang sesuai, cahaya matahari yang panjang antara 8 hingga 10
jam bagi proses fotosintisis. Cahaya tiruan boleh digunakan tapi memerlukan
perbelanjaan yang tinggi.
Kualiti air yang baik diperlukan
bagi melarutkan garam mineral ( baja) bagi pembesaran pokok. Air hujan yang
diambil pada pertengahan hujan boleh digunakan. Air paip perlu disimpan
sekurang-kurannya satu hari sebelum digunakan bagi mengelakan kandungan klorin
dan lain-lain unsur yang tinggi.
Serangga perosak dan penyakit
perlu dikawal untuk pertumbuhan tanaman yang sempurna.Penggunaan jaring atau
kelambu dapat mengelak serangan serangga serta tidak perlu menggunakan racun
makhluk perosak. Jika menggunakan racun serangga pastikan pemetikan hasil
dibuat selepas seminggu dari semburan.
Jika bekas hidroponik diletakkan
ditempat terbuka, larutkan bersama abate mengikut kadar yang dibenarkan bagi
mengelakan pembiakkan nyamuk. Adalah menjadi kesalahan mengikut undang-undang
sekiranya anda membiarkan nyamuk addes membiak dan anda akan dikenakan
tindakan undang-undang oleh pihak berkuasa.
Tanaman secara hidroponik
perlu diberi sokongan untuk tumbuh tegak. Tanaman sayuran daun yang
kecil dapat tegak terus dari medium tanaman. Bagaimanapun tanaman yang
lebih besar seperti tomato, cili, terung dan lain-lain perlu diberi sokongan
untuk tumbuh tegak.
Teknologi hidroponik telah
membolihkan salad spesis tanah tinggi atau yang memerlukan iklim sederhana
ditanam ditanah rendah di Malaysia. Ketiga-tiga spesis di atas biasanya
diimpot dari kawasan sejuk dengan harga yang tinggi. Oleh itu pelaburan dalam
hidroponik mampu memberi pulangan yang baik disamping mengurangkan
perbelanjaan impot. Kerajaan diharap akan memainkan peranan yang positif
dalam memajukan aktiviti ini.
SISTEM
HIDROPONIK
Sistem hidroponik pasif - di mana air yang digunakan kekal statik dalam takung atau
kolam. Sesuai digunakan untuk tanaman jangka pendek seperti sayuran daun
seperti salad, sawi, kailan dan bayam. Tidak memerlu perbelanjaan yang besar
dan sesuai untuk amatur atau hobi, namun bolih dijalankan secara komersial.
contoh sistem ini ialah sistem hidroponik takung dan sistem hidroponik rakit.
Sistem hidroponik aktif - merupakan sistem dimana larutan baja dibekalkan melalui
tangki dan dipumkan keakar tanaman, kemudian larutan berkenaan akan
dikembalikan semula kedalam tangki. Proses ini akan berpusing sehinggalah
tanaman matang untuk dituai. Sistem ini sesuai untuk sayuran buah seperti
tomato, cili, terung, tembikai, tiun dan sebagainya. Contoh sistem ini ialah
DFT, NFT, Takung Aktif, Aggredate Calture dan Aeroponik.
Pembahagian Lain:-
Boleh juga dibahagikan kepada
sistem tertutup dan sistem terbuka :-
Sistem Tertutup
Sistem yang menggunakan air
sepenuhnya termasuk teknik nutrien cetek (NFT), kultur air dalam (DFT) dan
modifikasi NFT.
Sistem Terbuka
Sistem ini menggunakan bahan
penganti tanah seperti rockwool, gambut hancur, habuk papan, sabuk kelapa,
perlit dan pasir. Seperti sistem penanaman dalam pasu tetapi tidak
menggunakan tanah.
|
Terengganu Hydroponic Society (THS) diluluskan penubuhannya pada 24 Julai 2001. Hubungi kami bagi semua info hidroponik dan maklum balas di email : komunitihidro@gmail.com
Monday, 8 April 2013
PENGENALAN HIDROPONIK
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
perlu ke kita tukar air dalam takungan sebelum buah besar? contoh 2 minggu sekali perlu tukar air dalam takungan hydroponic untuk kekal kesegaran pokok kita.
ReplyDelete