Tuesday, 27 August 2013

Hasil projek "bumi hijau" di Bukit Bandaraya

Kuala Lumpur : Projek "bumi hijau" hidroponik di belakang rumah ternyata memberi pulangan yang baik untuk sara diri keluarga disamping agihan lebihan kepada jiran dan tetamu.Tenyata keluasan tanah yang terhad dalam kawasan bandaraya tidak menghalang usaha pertanian.

Kelihatan timun dan tomato tumbuh subur dalam sistem hidroponik kultur air dalam (DFT) dan amat sesuai diusahakan di kawasan tanah rendah walaupun  spesis ini biasa diusahakan di kawasan tanah tinggi atau kawasan beriklim sederhana.

Timun hijau tubuh subur dalam kultur air dalam

Timun hijau mampu memberi hasil yang baik

Takung ditutup bagi menghalang pertumbuhan algea


DFT sesuai untuk tomato di tanah rendah

Tomato hidroponik memberi pulangan yang baik

Foto-foto di atas dirakam sendiri oleh pemilik premis dimana projek  hidroponik disahakan. Seterusnya
pengusaha projek ini  menyarankan supaya lebih ramai penduduk mengusahakan projek hidroponik kerana ia mampu memberi pulangan yang baik dalam usaha meningkatkan pengeluaran sayur negara.

Monday, 26 August 2013

Projek" Bumi Hijau" Di Bukit Bandaraya

Kuala Lumpur: THS telah mengadakan lawatan ke sebuah kediaman mewah di Bukit Bandaraya, Bangsar, Kuala Lumpur di mana penghuniya mengusahakan "projek bumi hijau" di belakang kediaman yang terhad saiz tanahnya.

Sayuran ulam terdiri pokok salom dan  pegaga
Menggunakan kaedah hidroponik kultur air dalam (DFT) pemiliknya menanam sayuran ulam, kalilan, timun batang hijau dan tomato cheri.

Tomato cheri dalam DFT
Beberapa takungan yang digunakan ini mampu menyara keperluan ulaman harian keluarga sepanjang tahun disamping dapat diagihkan kepada tetamu dan jiran.

Sayur kailan dalam takung DFT
Projek ini hanyalah menggunakan bahan buangan sebagai palung untuk tanaman tomato cheri dan timun, manakala kanves digunakan untuk menakung air larutan baja dalam palung bagi penanaman ulam-ulam dan kailan.
Tanaman timun batang hidroponik DFT
Pum akuarium digunakan bagi mengalirkan air dari takung simpanan air ke palung penanaman secara berulang alik melalui paip pvc satu inci. Pengaliran air ini dapat membantu menambah bekalan oksijen dalam air disamping menghalang pembiakkan nyamuk
Pump akuarium dalam DFT
Projek ini dibangun sendiri oleh pemilik premis bersama cucu-cucunya yang pasi dapat merapatkan lagi hubungan kekuluargaan. Masa yang diperlu pemilik untuk menjaga projek ini kurang daripada satu jam sehari.