AUTOVASE
Autovase merupakan satu kaedah penanaman pintar dimana tiada media tanaman diperlukan dan dapat menjimatkan kos input sehingga 90% berbanding dengan system penanaman tradisional dan system fertigasi.
Autovase merupakan satu kaedah penanaman pintar dimana tiada media tanaman diperlukan dan dapat menjimatkan kos input sehingga 90% berbanding dengan system penanaman tradisional dan system fertigasi.
Autovase direkacipta Agensi Kerajaan Negeri Terengganu ia itu Pusat Kejuruteraan Pertanian Bukit Payung
bertujuan untuk menambahbaik system penanaman sediaada dimana konsep penjimatan
kos dan tenaga kerja menjadi keutamaan disamping kesan positif keatas agronomi
tanaman dititikberatkan.
Rekaan utama Autovase adalah satu injap dimana ianya
dapat mengawal kemasukkan kuantiti baja secara automatic tanpa menggunakan
kuasa elektrik juga tenaga manusia. Ianya sangat berpotensi untuk dimajukan
kerana kosnya hanya 1/5 dari system yang ada di pasaran dan jauh lebih baik
kepada pertumbuhan agronomi tanaman.
1.0
PENDAHULUAN
Industri
penanaman menggunakan struktur rumah pelindung hujan dan penggunaan baja cecair
merupakan satu industri yang sangat besar di Malaysia. Contihnya di tanah-tanah
tinggi negara ini, system penanaman ini telah lama dipraktikkandan hasil
tanaman dari kaedah ini telah dieksport ke serata dunia serta semakin
berkembang pesat dari hari ke hari.
Tahun 2006
sahaja, Negeri Terengganu telah membelanjakan hampir 16 juta ringgit hanya
untuk membangunkan system fertigasi kepada ratusan usahawan di negeri itu.
Kini, hasil tanaman tersebut telah dieksport di merata tempat. Diantara tanaman
utama yang ditanam menggunakan struktur pelindung hujan adalah tanaman rock
melon, musk melon, cili dan timun jepun.
Tanaman ini
ditanam kerana ianya dikira tanaman yang menguntungkan kerana harga yang
ditawarkan agak tinggi. Ini disebabkan kos keseluruhan operasi amat tinggi.
Justeru usahawan tidak mempunyai banyak pilihan melainkan hanya dengan memilih
tanaman tersebut. Tanaman ini mempunyai harga yang baik kerana ianya amat sukar
dijaga dan memerlukan kepakaran dalam penjagaanya.
2.0
CETUSAN IDEA
Pusat Kejuruteraan Pertanian Bukit
Payung mendapat cetusan idea daripada keluhan usahawan terhadap kos input yang
tinggi dan semakin meningkat disebabkan permintaan bahan input yang semakin
tinggi.
Justeru setelah kajian dibuat, satu alat
telah direkacipta dan dinamai Autovase.
Ianya dicipta berasaskan kepada penjimatan kos input dan tenaga kerja.
Rekacipta ini diusahakan oleh lima orang pegawai dan mengambil masa selama
lebih kurang 1 bulan untuk di siapkan.
Bahan-bahan yang digunakan merupakan bahan yang amat mudah
didapati dan memerlukan kos yang amat minima. Ianya amat mudah untuk digunakan
dan diselenggara. Kajian yang dibuat adalah untuk mengatasi masalah-masalah
yang dihadapi oleh system penanaman tradisional, system fertigasi, autopot dan
juga hidroponik.
3.0
KAEDAH PENANAMAN SEDIAADA
A)
PENANAMAN SECARA TRADISIONAL
Penanaman secara tradisional
telah berkurun dipraktikkan dan ianya berterusan sehingga ke hari ini.
Penanaman secara tradisional memerlukan kawasan tanah yang luas dan tenaga
kerja yang banyak.
Ianya bergantung kepada musim
penanaman kerana pada musim tengkujuh, penanaman tidak dijalankan disebabkan
faktor cuaca. Penggunaan inpt pertanian banyak digunakan dimana harga input
pertanian semakin meningkat dari hari ke hari. Hasil tanaman juga terdedah
kepada serangan penyakit melalui penggunaan tanah.
Selain itu, kos membajak tanah
diperlukan sebelum penanaman dapat dilakukan. Masalah rumput rumpai yang juga
perlu dikawal dari hari ke hari yang mana memerlukan tenaga kerja yang ramai.
Autovase merupakan satu alat yang berfungsi melalui ‘smart valve’ dimana ianya dapat mengawal
paras kandungan nutrient mengikut kemahuan usahawan secara automatic tanpa
melibatkan penggunaan tenaga elektrik.
Sistem kemasukan nutrient
cecair menggunakan tenaga gravity seterusnya menghapuskan kos penggunaan tenaga
elektrik. Alat ini menggunakan pasu sebagai gantian polibeg dan boleh dipakai
berulang-ulang kali tanpa perlu menukarkannya seperti penggunaan polibeg yang
hanya dapat digunakan antara 4-5 kali pusingan tanaman. Penggunaan pasu
digunakan kerana ianya dapat memberi kesejukan pada nutrient seperti dalam
tempayan rumah tradisonal seterusnya menambah kandungan oksigen dalam system
pengakaran. Penggunaan pasu juga dapat memberi ruang pada system pengakaran dan
harganya amat murah berbanding system yang seumpamanya.
Media tanaman ‘cocopeat’ dalam system fertigasi dan
ketulan batu bata dalam system autopot tidak langsung diperlukan dalam penanaman
ini. Masalah ‘flushing’ yang
memerlukan penggunaan tenaga kerja yang ramai dapat diselesaikan dengan
sepenuhnya. Alat ini mempunyai gegelang yang dapat mengawal paras nutrient
didalam pasu mengikut kehendak usahawan dan tiada satu pun alat dipasaran yang
dapat mengawal paras nutrient kerana semuanya telah diselaraskan.
Alat ini berpotensi untuk
dimajukan kerana ianya murah, tiada tenaga elektrik digunakan, tiada polibeg,
tiada media tanaman (cocopeat),
penggunaan tenaga kerja yang minima, tiada pembaziran nutrient, ruang system
pengakaran yang luas dan kandungan nutrient yang sejuk, jangkauan penyaluran
baja jauh berbanding penggunaan pam elektrik, mengatasi masalah tersumbat,
tiada flushing serta dapat
menjimatkan masa usahawan tersebut.
Disamping itu usahawan dapat memilih pelbagai tanaman
lain seperti sayuran berdaun kerana kos operasi telah berjaya dijimatkan dengan
peratusan yang besar.
Injap "smartvalve" mengawal keperluan larutan baja |
Melon dalam sistem autosave |
Melon sesuai dalam sistem autosave |
Sistem pengakaran yang baik dalam autosave |